CCTV Ditutup & Barang Peribadi Dicampak Buang Dari Rumah, Dr Fie Kesal Sikap Nubhan – “Tangan Menggigil, Tak Ada Hati Perut!”

Hiburan

CCTV Ditutup & Barang Peribadi Dicampak Buang Dari Rumah, Dr Fie Kesal Sikap Nubhan – “Tangan Menggigil, Tak Ada Hati Perut!”

Bekas isteri kepada penyanyi Nubhan, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, meluahkan rasa kesal terhadap tindakan bekas suaminya yang disifatkan sebagai kejam.

Menerusi beberapa perkongsian di platform Threads, Dr Afifah mendakwa Nubhan telah membawa keluar barangan miliknya dari rumah tanpa sebarang kebenaran, ketika dirinya berada di luar negara bersama anak-anak.

Advertisement

dr fie

“Kita di luar negara. Habis diangkut barang-barang saya keluar dari rumah yang saya duduk sekarang dengan anak-anak.”
“Tanpa maklum pada saya. Kejamnya kamu.”

Lebih menyedihkan, Dr Afifah mendakwa barangan miliknya dibuang begitu sahaja di hadapan rumah ibu bapanya.

“Barang-barang saya dicampak saja didepan rumah ibu. Sedih diperlaku begini.”

Menurutnya, kejadian itu bukan kali pertama berlaku, malah Nubhan didakwa pernah bertindak serupa sebelum ini.

“Pernah dah dia buat saya macam ini. Bukan kali pertama, telefon pembantu rumah pun dirampas.”

Dalam masa sama, Dr Afifah turut mempersoalkan kehilangan barangan berharga seperti wang tunai dan emas selepas pemindahan barang dilakukan tanpa pengetahuannya.

“Barang-barang berharga siapa pegang? Duit-duit dan emas saya mana? Sekarang tak boleh balik ya. Kita di luar negara.”

Beliau turut mendakwa kamera litar tertutup (CCTV) di rumah ditutup, sekali gus menimbulkan lebih banyak persoalan.

“CCTV ditutup. Ini tahap kejam tak tahu nak cakap. Orang tak nampak lagi ke?”

Luahan itu diteruskan dengan rasa tidak puas hati terhadap tindakan bekas suaminya yang bertindak tanpa sebarang perbincangan, sedangkan isu harta sepencarian masih belum diselesaikan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Intan NAjuwa
2025-12-29 13:09:07

"Kalau Aku Jumpa, Memang Habis Aku Pijak Kau" - Datin Intan Najuwa

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...