CCRIS Dianggap Aniaya Peminjam PTPTN?, Makin Ramai Anak Muda Disenaraihitamkan

Trending

CCRIS Dianggap Aniaya Peminjam PTPTN?, Makin Ramai Anak Muda Disenaraihitamkan

imagePemuda Pas memandang serius terhadap nasib 1.25 juta peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Berpusat (CCRIS).

Naib Ketua Pemuda Pas?, Ir Khairil Nizam Khirudin menyifatkan ia satu bentuk penganiayaan kepada peminjam PTPTN.

Advertisement

Memetik laporan Sinar Online, beliau berkata, PTPTN sepatutnya faham majoriti daripada 1.25 juta peminjam adalah golongan generasi muda yang baharu menamatkan pengajian universiti awam dan swasta.

Katanya, golongan tersebut sepatutnya diberikan lebih masa untuk mendapatkan pekerjaan sesuai sebelum memulakan pembayaran balik pinjaman tersebut.

“Berpandukan syarat yang ditetapkan, kesemua peminjam PTPTN perlu mula membayar balik pinjaman dalam tempoh enam bulan selepas mereka menamatkan pengajian dan jumlah bayaran perlulah mengikut jadual yang telah ditetapkan. 

“Persoalannya, inilah dilema besar yang dihadapi anak muda. Tidak ramai graduan yang mendapat kerja seawal tempoh tersebut dan jumlah pendapatan bulanan yang diterima masih belum cukup untuk menampung kos sara hidup,” katanya menerusi kenyataan.

Merujuk kepada indeks pengangguran negara, kadar pengangguran meningkat daripada 3.1 peratus pada Januari 2015 kepada 3.4 peratus pada Januari 2016.

Laporan dari Jabatan Statistik Malaysia melaporkan bahawa kini terdapat 14.6 Juta tenaga kerja dalam negara dengan 501 ribu individu lagi masih tiada pekerjaan. ?

Tambahnya lagi, peminjam yang tersenarai dalam CCRIS akan berhadapan dengan masalah untuk mendapatkan kelulusan permohonan pinjaman seperti termasuk peribadi, perumahan, kenderaan dan lain lain.

“Kami bukanlah menggalakkan orang yang berhutang tidak perlu membayar pinjamannya, tetapi mengharap kerajaan bertimbang rasa dan lebih bijaksana dalam menyelesaikan isu ini,” katanya lagi.

sumber : sinar online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Peminjam ptptn

    April 28, 2016 at 5:42 pm

    Skrg ni kalau bayar tiap2 bulan sikit2 pun tetap akan kena senarai hitam, kak… ? Xda nya bayar RM50 bulan2 tu tak kena blacklist..huhu..

    • Keith Poo

      April 28, 2016 at 7:27 pm

      Ada!aku lah tuu..toksah bt gariklaa..ms sign tu dh tau kena bayaq..pa dia dok buat xmau bayaq plak bila dh reja oii?

  2. Hana

    April 28, 2016 at 4:35 pm

    Masalah ini banyak berlaku kepada siswazah yang belajar di Universiti Swasta dan juga siswazah yang mengambil bidang pengajian yang tidak popular dalam industri pekerjaan. Universiti Swasta kebiasaan nya mengenaikan yuran lebih tinggi kerana kerajaan tidak memberikan subsidi kepada mereka berbanding Universiti Awam dimana kerajaan menanggung sebahagian yuran pengajian siswazah, maka siswazah hanya membayak yuran yang sedikit setiap semester. Walau bagaimana pun adalah tanggungjawab pemiutang untuk membayar hutang mereka. Bayarlah walau sedikit (RM50 @ RM100)/bulan mengikut jadul yang ditetapkan supaya nama tidak disenarai hitamkan oleh PTPTN & pihak Bank. Jadilah pemiutang yang lebih bertanggungjawab.