Kolaborasi antara Caviar dan Apple semestinya adalah sesuatu yang ditunggu-tunggukan oleh peminat iPhone. Walaupun seringkali menampilkan koleksi mewah dan eksklusif dengan harga yang tinggi, setiap koleksi yang dikeluarkan pasti mendapat sambutan yang hangat.
Sebelum ini, Caviar melancarkan koleksi iPhone 11 Pro dan Pro Max yang didatangkan dengan tandatangan dan cebisan baju Steve Jobs. Koleksi tersebut begitu eksklusif kerana hanya didatangkan sebanyak sembilan unit sahaja pada harga bermula RM26,338.
Baca: Edisi Khas iPhone 11 Pro Berharga RM26,000 Mempunyai Tandatangan Dan Cebisan Baju Steve Jobs
Kali ini Caviar sekali lagi tampil dengan koleksi mewah diinspirasikan dari model Tesla Cybertruck. Menggunakan bahan berkualiti tinggi dengan penggunaan titanium pada kerangka iPhone dan juga pada skrin pelindung.
Bahagian pelindung skrin ini boleh dilipat berdasarkan inspirasi dari bahagian belakang model Tesla Cybertruck. Sekali pandang, koleksi kali ini lebih bermain dengan rekabentuk iPhone namun masih menonjolkan signature iPhone 11 Pro iaitu tiga lensa kamera pada bahagian belakang.