Baru-baru ini, tular satu video di platform Twitter memaparkan Presiden UMNO, Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri satu majlis pelancaran yang turut dihadiri oleh para wartawan.
Bukan majlis itu yang membuatkan video tersebut menjadi tular, tetapi kerana individu yang memuat naik video berkenaan mendakwa Zahid Hamidi telah mengugut seorang wartawan yang menghadiri majlis berkenaan.
Dalam video berdurasi 27 saat itu, terdengar samar-samar Zahid memberi ‘pesanan’ agar wartawan berkenaan menulis elok-elok dalam portal berita mereka.
Caught in 4K ? ?:
Sampah Ponorogo ( Presiden #UMNOscam ) KANTOI mengugut wartawan ?#PonorogoScam #UgutWartawan pic.twitter.com/qdmMsLNfmU— Dr. Maslin Sis ?? (@BN4everTN5O) October 4, 2022
Bukan itu saja, malah Zahid juga berkata dia selalu memerhati portal berita berkenaan sambil menepuk dengan kuat bahu wartawan terbabit.
Susulan itu, ramai netizen berasa tidak puas hati melihat tindakan Presiden UMNO tersebut berbuat sedemikian kepada wartawan itu, kerana bagi mereka, jelas terlihat di wajah wartawan berkenaan bahawa dia tidak selesa.
Malah, ada yang mendakwa perbuatan Zahid dengan menempuk bahu wartawan berkenaan dengan kuat seperti mengugut dan memberi amaran supaya tidak menulis hal buruk mengenai dirinya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.