Catriona Ross Marah Ada Rakyat Pulang Ke Kampung Sebelum ‘Total Lockdown’

Hiburan

Catriona Ross Marah Ada Rakyat Pulang Ke Kampung Sebelum ‘Total Lockdown’

Pelakon Catriona Ross, luah rasa tak puas hati dan marah kepada segelintir rakyat Malaysia di Instagram yang masih berdegil untuk pulang ke kampung selepas kerajaan membuat pengumuman total lockdown bermula 1 Jun.

Catriona tegas berkata, tindakan segelintir rakyat yang pulang ke kampung itu bukti kegagalan mereka untuk mematuhi arahan dan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Advertisement
Sumber : Instagram Catriona Ross  

Katanya di dalam hantaran Instagram tersebut,

Saya memang nak marah sebab ada yang kata kerajaan gagal tapi sebenarnya yang gagal itu kamu semua yang tak ikut SOP dan apabila kerajaan buat pengumuman lockdown, setiap kali itu keesokannya lebuh raya akan sesak.

Selama ni meroyan dekat media sosial sebab kerajaan tak bagi lockdown tapi selepas lockdown kenapa semua kelam kabut ada atas jalan raya dan berpusu-pusu balik ke kampung?

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Cat Ross (@catrionabrianross)

Jumaat lalu, lebuh raya pantai timur sesak dari arah Kuala Lumpur nak kesana. Difahamkan, rata-rata mahu pulang ke kampung selepas kerajaan mengumumkan total lockdown akan dilakukan bermula 1 Jun.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...