Catriona Ross Bersuara Isu Guru Serumah Dengan Pocong – “Alam Ghaib Itu Wujud, Tapi Otak Saya Struggle Nak Proses..”

Hiburan

Catriona Ross Bersuara Isu Guru Serumah Dengan Pocong – “Alam Ghaib Itu Wujud, Tapi Otak Saya Struggle Nak Proses..”

Kecoh di media sosial beberapa hari ini mengenai kes seorang guru wanita yang mendakwa dirinya pernah serumah dengan makhluk misteri yang dikenali sebagai pocong.

Kisah itu telah menarik perhatian ramai orang termasuklah pelakon, Catriona Rose yang dilihat berkongsi pandangan peribadinya berhubung isu tular tersebut.

Advertisement

catriona ross

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Threads, dia mengakui bahawa alam manusia dan jin tidak bersatu, menyebabkan dia sedikit sukar untuk mempercayai insiden yang menimpa mangsa.

Alam ghaib itu wujud tapi alam manusia dan alam jin tidak bersatu. Jadi, bila saya baca kisah seorang wanita tinggal serumah dengan ‘penanggal’ atau ‘pocong’ yang menyerupai manusia sebagai housemate, otak saya struggle nak proses.

 

Logik dan iman berperang. Tapi Allah Ia Pemilik segala rahsia.

Mengulas lanjut, pelakon itu mengakui sebagai umat Islam, dia percaya kepada perkara ghaib kerana ia termaktub di dalam al-Quran.

catriona ross

I believe in the unseen because it exists.

 

Allah berfirman dalam al-Quran, ‘Tidaklah Aku menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka beribadah kepada-Ku.’ (Adh-Dhariyat: 56).

 

View on Threads

 

Menjengan ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh pelakon itu dengan menjelaskan bahawa jin sudah wujud lebih lama daripada manusia hidup dalam alam yang berbeza.

komen threads komen threads

1 day ago

Tular Kisah Wanita Didakwa Meninggal Dunia Selepas Kongsi 'Housemate' Pocong, Rupanya Semua Rekaan? - "Jumpa Gambar Kubur Kat Google"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...