Catcha Digital Raih Keuntungan RM5.2 Juta Bagi FY2024, Peningkatan 256% Dari Tahun 2023

Berita

Catcha Digital Raih Keuntungan RM5.2 Juta Bagi FY2024, Peningkatan 256% Dari Tahun 2023

Catcha Digital Berhad dilaporkan mencatat keuntungan tertinggi dalam sejarah syarikat itu selepas melaporkan Profit After Tax and Minority Interest (PATAMI) sebanyak RM1.80 juta bagi suku keempat tahun kewangan 2024 (Q4 FY2024).

Peningkatan ini merupakan lonjakan luar biasa sebanyak 1,669% berbanding RM0.10 juta pada Q4 FY2023, sekali gus membawa jumlah PATAMI bagi FY2024 kepada RM5.20 juta, meningkat 255% daripada RM1.46 juta pada FY2023.

Advertisement

Eric Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital berbangga dengan kejayaan syarikat mencapai keuntungan yang mengagumkan itu.

Pencapaian ini membuktikan kejayaan pelancaran penyelesaian inovatif kami pada suku sebelumnya seperti pengiklanan realiti tambahan (AR) dan kempen luar talian ke dalam talian.

Eric Tan

Tambahnya, pertumbuhan keuntungan tersebut juga membolehkan pengiklan mereka berhubung dengan lebih efektif dengan pelanggan.

Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove pula berkata,

Kami akan terus mengejar peluang perkongsian strategik, pelaburan dan pengambilalihan yang dapat meningkatkan keuntungan setiap saham.

Patrick Grove

Pada suku keempat 2024, Catcha Digital telah mengumumkan tiga pengambilalihan strategik iaitu Drive 2 Digital Sdn Bhd (D2D) sebanyak 60 peratus pegangan saham, Tastefully Malaysia Sdn Bhd, 70 peratus pegangan saham dan Nexible Solutions Sdn Bhd dengan 51 peratus pegangan saham.

Tiga pengambilalihan tersebut yang dijangka bakal memberi impak positif terhadap keuntungan Catcha Digital.

Catcha Digital beli saham D2D
2 months ago

Catcha Digital Beli 60% Saham Syarikat Media Digital Automotif Terkemuka, Drive 2 Digital Bernilai RM16.2 Juta

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...