Catcha Digital Dan Keluar Sekejap Bekerjasama Melancarkan KS Lagi

Berita

Catcha Digital Dan Keluar Sekejap Bekerjasama Melancarkan KS Lagi

Pada hari ini, Catcha Digital bersama Khairy Jamaluddin dan Shahril Hamdan yang juga merupakan pengasas podcast popular, Keluar Sekejap SDN BHD telah ‘berganding bahu’ membentuk satu perniagaan media digital baru yang diberi nama KS Lagi.

Catcha Digital & Keluar Sekejap kerjasama

Advertisement

Untuk info, KS Lagi akan menciptakan kandungan media baru ke seluruh rangkaian sedia ada Catcha Digital, di mana menjangkau hampir 20 juta rakyat Malaysia setiap bulan.

Tidak dapat dinafikan podcast Keluar Sekejap yang diasakan oleh KJ dan Shahril telah berkembang pesat dengan jayanya di dalam ruang media digital sejak tahun 2023. Penonton kebanyakannya seronok mendengar podcast yang adil, tidak bertapis serta mampu meliputi pelbagai topik.

keluar sekejap podcast

Perkara tersebut dapat dilihat selepas mereka berjaya meraih lebih 1.4 juta pengikut dan sebanyak 39 juta tontonan di platform YouTube.

Kata Shahril ketika ditemubual, dia sama sekali tidak sangka Keluar Sekejap mampu meraih perhatian yang hebat dan membuat orang ramai berminat untuk mendengar pandangan mereka mengenai pelbagai topik dari dalam dan sekitar dunia politik.

keluar sekejap podcast

Dengan KS Lagi, kami ingin membina dari platform utama Keluar Sekejap untuk mencipta kandungan yang mempunyai daya tarikan seperti Keluar Sekejap tetapi di luar dunia politik melalui format kandungan yang berbeza. – Shahril

keluar sekejap podcast

KS Lagi akan memperluaskan kejayaan Keluar Sekejap dan akan menjadi platform media yang bertujuan untuk membantu pengguna menjalani kehidupan terbaik mereka dengan kandungan gaya hidup yang kontemporari namun abadi, relevan tanpa sifat murahan dan informatif dengan cara menghormati pandangan pengguna. – KJ

Menurut KJ, platform KS Lagi ini akan mengupas pelbagai topik seperti kesihatan, kesejahteraan hidup, pemakanan sihat dan masakan, kesusteraan dan seni, teknologi, pemimpin dan golongan rakyat, kepercayaan dan kerohanian, perniagaan dan keusahawanan, fesyen dan citarasa serta pelbagai lagi.

Kerjasama bersama dua individu yang berpengaruh ini sememangnya membuatkan Pengerusi Catcha Digital, Patrick Grove berasa teruja untuk melancarkan KS Lagi.

Patrick Grove

Di setiap platform Catcha Digital dan Keluar Sekejap, kami sudah mencapai sebahagian besar dari rakyat Malaysia setiap bulan dan kami juga mendapati bahawa penonton kami mahukan pendekatan baru terhadap kandungan digital. Kami akan menjadi sebahagian penting dari kerjasama ini, sejajar dengan misi untuk membentuk kumpulan digital terkemuka di Asia Tenggara.

Bagi memulakan usaha kerjasama antara dua pihak ini, salah seorang pelabur teknologi yang paling profilik di Malaysia iaitu Khailee Ng telah dilantik sebagai Penasihat Strategik untuk KS Lagi, manakala Shahzeeq Shahreen pula telah dilantik sebagai Ketua Pengarang.

Sekadar info, Shahzeeq Shahreen merupakan pengasas bersama BeautifulNara, di mana ia merupakan salah satu platform media selebriti dan gaya hidup yang paling popular di Malaysia.

Dijangkakan KS Lagi bakal dilancar secara rasmi pada separuh kedua tahun 2024 dan maklumat lanjut mengenai usaha sama ini akan diumumkan kemudian.

catcha digital fms
5 months ago

Catcha Digital Berhad & Framemotion Studio Umum Kini Bekerjasama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...