Catcha Digital Capai Keuntungan Rekod RM5.39 Juta Bagi Q3 FY2025, Meningkat 345% Berbanding Q3 FY2024

Berita

Catcha Digital Capai Keuntungan Rekod RM5.39 Juta Bagi Q3 FY2025, Meningkat 345% Berbanding Q3 FY2024

Catcha Digital Berhad (“Catcha Digital” atau “Kumpulan”) mengumumkan keputusan kewangannya bagi suku ketiga berakhir 30 September 2024 (“S3 FY2025”).

Bagi S3 FY2025, Kumpulan melaporkan hasil serta keuntungan selepas cukai (“PAT”) tertinggi sebanyak RM25.26 juta dan RM5.39 juta. Ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding S3 FY2024, yang mencatatkan hasil dan PAT sebanyak RM11.14 juta dan RM1.84 juta — mewakili pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 127% dalam hasil dan 345% dalam PAT. Dengan itu, jumlah keuntungan selepas cukai bagi sembilan bulan pertama FY2025 kini mencecah RM8.53 juta.

Advertisement

“Kami amat berbangga kerana pasukan kami berjaya mencapai pertumbuhan mengagumkan dalam hasil dan keuntungan walaupun dalam keadaan makroekonomi yang tidak menentu. Kejayaan mengintegrasikan pengambilalihan terbaru ke dalam Kumpulan telah membawa peningkatan ketara kepada pendapatan kami.

Kejayaan ini membuktikan keupayaan kami mengenal pasti dan membuka potensi keuntungan signifikan sejurus selepas sesuatu pengambilalihan. Pasukan kami layak menerima penghargaan kerana bekerja keras dan memberi fokus kepada menjana pendapatan mampan serta pulangan jangka panjang maksimum kepada pemegang saham,” kata Eric Tan, Ketua Pegawai Eksekutif Catcha Digital Berhad.

Suku rekod ini diperkukuh oleh suntikan modal besar. Catcha Digital berjaya melengkapkan pembiayaan RM24.3 juta melalui Terbitan Hak Saham Berserta Waran, yang mencatat lebihan langganan sebanyak 78%.

Apabila semua waran ini dilaksanakan sepenuhnya, Kumpulan berpotensi memperoleh sehingga RM73 juta tambahan untuk memacu pelan pertumbuhan agresifnya. Modal ini, digabungkan dengan kemudahan kredit pusingan RM35 juta yang dimuktamadkan bersama Affin Investment Bank Berhad pada 28 Ogos 2025, serta aliran tunai operasi yang kukuh, memastikan Kumpulan berada dalam kedudukan terbaik untuk terus melaksanakan strategi pengambilalihan bernilai tinggi dan meningkatkan pendapatan.

Patrick Grove

Keputusan kukuh suku ini hanyalah permulaan. Kejayaan pembiayaan terbaru memberikan kami kekuatan kewangan untuk terus melaksanakan visi kami. Kami akan meneruskan usahasama strategik, pelaburan dan pengambilalihan yang secara langsung meningkatkan pendapatan sesaham.

Kepada para pemegang saham: sokongan anda menjadi asas kepada usaha kami untuk muncul sebagai syarikat digital terkemuka di rantau ini. Hari-hari terbaik kami masih di hadapan,” kata Patrick Grove, Pengerusi Catcha Digital.

Catcha Digital telah mengumumkan 8 pengambilalihan strategik dalam tempoh 12 bulan yang lalu, masing-masing dirangka untuk mengukuhkan kedudukannya dalam ekonomi digital dan menyumbang secara positif kepada pendapatan masa hadapan. Jumlah gabungan keuntungan yang dijangka dicapai oleh setiap syarikat sasaran seperti yang dinyatakan adalah kira-kira RM26.7 juta, berdasarkan tempoh 12 bulan selepas penyiapan atau FYE 31 Disember 2025 di mana berkaitan.

Pada 6 November 2025, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 100% Maxoom Sdn Bhd pada harga RM6.13 juta. Bayaran dibuat dalam 2 peringkat selama 12 bulan, dengan RM1,800,000 dibayar pada Tarikh Penyiapan dan baki RM4,325,000 dibayar 12 bulan selepas tarikh tersebut. Pengambilalihan ini termasuk Jaminan Aset Bersih sebanyak RM885,000 pada Tarikh Akaun Penyiapan.

Eric Tan

Pada 14 Ogos 2025, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 60% kepentingan dalam One International Exhibition Sdn Bhd (“One International”) pada harga RM11.38 juta, dan ia selesai pada 27 Ogos 2025. Bayaran dibuat dalam tiga peringkat selama 24 bulan, bergantung kepada One International mencapai keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak RM2.75 juta dalam 12 bulan pertama selepas penyiapan, dan RM3.16 juta dalam 12 bulan berikutnya.

Pada 24 Mac 2025, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 92.5% kepentingan dalam Theta Service Partner Sdn Bhd (“Theta”) pada harga RM35.0 juta. Bayaran dibuat dalam empat peringkat dan tertakluk kepada Theta mencapai PAT sebanyak RM3.5 juta (FYE 2024), RM4.0 juta (FYE 2025), dan RM5.0 juta (FYE 2026). Pengambilalihan Theta belum diselesaikan kerana menunggu pemenuhan syarat terdahulu dalam perjanjian jual beli bersyarat.

Pada 17 Mac 2025, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 51% kepentingan dalam DS Services Sdn Bhd (“Digital Symphony”) pada harga RM22.95 juta. Bayaran dibuat dalam tiga peringkat selama 24 bulan bergantung kepada Digital Symphony mencapai PAT RM4.5 juta dalam 12 bulan pertama selepas penyiapan dan RM4.2 juta dalam 12 bulan berikutnya. Pengambilalihan ini belum selesai kerana masih menunggu syarat terdahulu perjanjian jual beli.

Pada 14 Mac 2025, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 60% kepentingan dalam Framemotion Studio Sdn Bhd (“Framemotion”) pada harga RM37.32 juta. Bayaran dibuat dalam tiga peringkat selama 24 bulan bergantung kepada Framemotion mencapai keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak RM6.8 juta dalam 12 bulan pertama dan RM6.8 juta dalam 12 bulan berikutnya. Pengambilalihan ini juga belum diselesaikan.

Pada 20 Disember 2024, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 60% Drive 2 Digital Sdn Bhd (“D2D”) pada harga RM16.2 juta, dan ia selesai pada 7 Mei 2025. Bayaran dibuat dalam tiga peringkat selama 24 bulan bergantung kepada D2D mencapai PAT RM3.5 juta dalam 12 bulan pertama selepas penyiapan dan RM4.2 juta dalam 12 bulan berikutnya.

Pada 19 Disember 2024, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 70% Tastefully Malaysia Sdn Bhd (“Tastefully”) pada harga RM7.6 juta, dan ia selesai pada 18 Jun 2025. Bayaran dibuat dalam empat peringkat selama 36 bulan bergantung kepada Tastefully mencapai PAT RM0.5 juta (FYE 2024), RM1.1 juta (12 bulan pertama selepas penyiapan), RM1.4 juta (12 bulan berikutnya), dan RM1.6 juta (12 bulan akhir).

Pada 28 November 2024, Catcha Digital mengumumkan pengambilalihan 51% Nexible Solutions Sdn Bhd (“Nexible”) pada harga RM11.3 juta, dan ia selesai pada 22 Januari 2025. Bayaran dibuat dalam empat peringkat berdasarkan pencapaian jaminan PAT sebanyak RM0.7 juta, RM1.2 juta, RM2.2 juta dan RM3.3 juta untuk tempoh berakhir 31 Disember 2024 hingga 31 Disember 2027.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

catcha digital
2025-11-06 18:16:52

Kukuhkan Kedudukan Dalam Media Digital Teknologi Pengguna, Catcha Digital Peroleh 100% TechNave

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...