Catcha Digital Beli 60% Saham Dalam Syarikat Framemotion Studio Dengan Harga RM37.32 Juta

Berita

Catcha Digital Beli 60% Saham Dalam Syarikat Framemotion Studio Dengan Harga RM37.32 Juta

Catcha Digital Berhad hari ini mengumumkan bahawa iMedia Asia Sdn Bhd iaitu anak syarikat milik Catcha Digital, telah menandatangani perjanjian untuk membeli 60% saham dalam Framemotion Studio Sdn Bhd.

Difahamkan, Framemotion dijangka akan mendapat keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) sekurang-kurangnya RM6.8 juta dalam tempoh 12 bulan selepas cukai jual beli saham selesai.

Advertisement

Beri manfaat positif buat Catcha Digital

Pengambilalihan ini menggabungkan  Catcha Digital dengan kemampuan FrameMotion dalam pengalaman digital yang mendalam, malah perjanjian ini dijangkakan akan memberi manfaat positif kepada pendapatan Catcha Digital untuk masa depan.

catcha digital

Framemotion merupakan satu syarikat yang telah memenangi anugerah pakar dalam mencipta, merekabentuk, menyediakan pengalaman digital dan animasi di seluruh Asia Tenggara serta negara-negara lain.

Framemotion telah bekerja dengan syarikat-syarikat besar

Mereka telah menghasilkan banyak projek untuk syarikat besar seperti Petronas, Gamuda, Sephora, L’Oréal, Maxis, OCBC dan Samsung. Pada tahun 2023 pula, FrameMotion menjadi penganjur untuk pameran Van Gogh Alive dan melancarkan pengalaman berasaskan kecerdasan buatan (AI) sendiri yang dikenali sebagai The Greatest Artist, yang menarik lebih daripada 300,000 pengunjung.

Jeand Pua Yin Chye, pengasas bersama dan CEO FrameMotion, telah dinobatkan sebagai EY Technology Entrepreneur of The Year Malaysia pada tahun 2024 dan FrameMotion telah mencatatkan keuntungan setiap tahun dan meraih RM7.0 juta keuntungan.

catcha digital

Kami sangat gembira dengan pengambilalihan ini dan percaya bahawa dengan menggabungkan kepakaran FrameMotion dengan rangkaian kami yang luas, kami dapat menawarkan penyelesaian inovatif kepada pelanggan di seluruh rantau ini. Kami tidak sabar untuk mencipta cerita digital bersama pasukan FrameMotion. – Patrick Grove, Pengerusi Catcha Digital

Teruja untuk bekerjasama

Perjanjian bersama Catcha Digital ini merupakan perubahan yang besar buat syarikat kami. Pengambilalihan ini mengesahkan visi kreatif kami dan membantu kami untuk menyediakan pengalaman digital bertaraf dunia. Kami teruja untuk berkerjasama dengan Catcha Digital bagi meningkatkan tawaran kami kepada pelanggan. – Jeand Pua Yin Chye

catcha digital

Pengambilalihan ini adalah selaras dengan visi Catcha Digital untuk menjadi kumpulan digital terkemuka di ASEAN, menyasarkan ekonomi digital yang berkembang pesat di rantau ini, yang dianggarkan bernilai lebih kurang RM1 trilion menurut laporan SEA e-Conomy 2024 oleh Google, Temasek, dan Bain & Company.

catcha digital untung
2 weeks ago

Catcha Digital Raih Keuntungan RM5.2 Juta Bagi FY2024, Peningkatan 256% Dari Tahun 2023

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...