Catat Kes Tertinggi Covid-19, Phuket Tangguh Kemasukan Pelancong Luar

Travel

Catat Kes Tertinggi Covid-19, Phuket Tangguh Kemasukan Pelancong Luar

Sebelum ini, dilaporkan Thailand bercadang akan membuka sektor pelancongan dengan kemasukan pelancong luar yang sudah lengkap vaksin pada awal Julai bagi meningkatkan ekonomi negara tersebut.

4 years ago

Pelancong Yang Sudah Divaksin Boleh Datang Ke Phuket Mulai Julai

Advertisement

Terbaharu, perancangan itu nampaknya kurang berjaya kerana ianya memberi kesan yang negatif untuk Phuket selepas kes Covid-19 meningkat di tempat peranginan tersebut.

Dilaporkan jumlah kes Covid-19 meningkat lebih tinggi daripada jangkaan kerajaan Thailand iaitu seramai 125 individu disahkan positif. Menurut sumber, salah satu punca berlaku penularan jangkitan ini ialah daripada kontak rapat penduduk tempatan yang mana didapati majoritinya masih lagi belum menerima suntikan vaksin.

pelancong di phuket

Ekoran itu, demi mengekang penularan wabak ini Phuket telah memilih untuk menutup pasar raya, sekolah serta tempat yang berpotensi untuk menjadi himpunan orang ramai.

“Pihak kami tengah mengawal ketat kemasukan orang luar dan akan mengurangkan aktiviti di tempat tersebut”

Jelas di sini, ianya memberi petunjuk bahawa kesemua aktiviti yang melibatkan kemasukan orang luar perlu diteliti dengan lebih baik kerana sebarang kemungkinan akan berlaku.

Sektor pelancongan melibatkan banyak pihak untuk meningkatkan ekonomi negara, jadi ianya perlu diteliti dengan lebih mendalam dan kerajaan perlu lebih bersedia sebelum menerima pelancong terutamanya daripada luar negara.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...