Cat Tangga Batu Caves, Risiko Tapak Warisan Dunia Ditarik Balik

Trending

Cat Tangga Batu Caves, Risiko Tapak Warisan Dunia Ditarik Balik

Anak tangga kuil Batu Caves yang berwarna-warni baru-baru ini tular di media sosial. Pemandangan cantik itu menarik perhatian netizen dan ramai yang teruja dengan perubahan itu. Tapi disebalik kecantikan pemandangan di situ, sebenarnya pengubahsuaian dan kerja-kerja mengecat itu sebenarnya belum mendapat kelulusan Jabatan Warisan Negara (JWN.)

Sumber: Era baru

Berita ini mungkin akan mendatangkan masalah kepada status Tapak Warisan Dunia yang dianugerahkan kepada kuil tersebut. Sebarang permohonan untuk pembangunan Kuil Sri Subramaniar Swamy, perlu mendapat kelulusan jabatan tersebut terlebih dahulu.

Advertisement

Difahamkan pihak pengurusan kuil perlu mendapatkan kelulusan mengikut Seksyen 40 Akta Warisan Kebangsaan 2005 kerana seperti sedia maklum kuil tersebut telah diiktiraf sebagai tapak warisan dunia pada tahun 2012.

Sumber: inews

Menurut Aktivis dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sentosa, G.Gunaraj, pihak pengurusan kuil perlu menunggu kelulusan demi menjaga struktur asli tapak warisan tersebut.

“Pengurusan kuil perlu merujuk jabatan untuk mengenal pasti kaedah pemuliharaan yang terbaik apabila terdapat sebarang perkembangan atau kerja pengubahsuaian yang dilakukan berdekatan dengan tapak warisan negara. Ini untuk memastikan integriti dan warisan struktur warisan dikekalkan.”

Pengerusi Jawatankuasa Kuil Sri Subramaniar Swamy, Tan Sri R Nadarajah berkata kerja-kerja mengecat tidak memerlukan kelulusan dari pihak Jabatan Warisan Negara tetapi hanya perlu mendapatkan kelulusan daripada Majlis Perbandaran Selayang.

Sumber: Thevocket

Nampaknya konflik ini semakin rumit apabila Timbalan Pengarah Hal Ehwal Korporat MPS, Ahmad Fauzi Ishak berkata, sudah lama tiada rekod kelulusan yang diberikan untuk kerja-kerja di Batu Caves. Diharap isu ini dapat diselesaikan dengan segera dan status Tapak Warisan Dunia UNESCO tidak akan ditarik balik.

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...