Abang ipar kepada pelakon, Emma Maembong iaitu Cat Farish menyangkal dakwaan adik iparnya menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai DJ Kidd.
Sebaliknya, Cat hanya menjelaskan hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan dan pembantu peribadi kepada Emma.
Siapa yang tidak obses dan mahu kahwin dengan Emma? Setahu saya sebagai yang pernah berjumpa dengannya (DJ Kidd), dia hanyalah seorang pembantu peribadi sahaja.
Hanya tengokkan anak Emma, bawa Emma pergi makan. Tidak pernah terlintas di fikiran saya mereka ada hubungan mesra.
Memetik laporan Mstar, Cat juga menganggap lelaki tersebut obses terhadap Emma dan apa yang dilakukannya itu sudah menyebabkan banyak pihak salah faham.
Tidak salah nak ‘crush’ kepada seseorang tetapi janganlah beri kenyataan bertepuk sebelah tangan.
Dia (DJ Kid) ini tidak dapat layanan sebagai teman lelaki pun.
Sebelum ini, khabar angin mengenai Emma Maembong dikatakan telah menamatkan status jandanya dengan seorang deejay kelab malam kembali hangat diperkatakan.
Spekulasi itu semakin kuat selepas DJ Kidd, lelaki yang dikaitkan dengannya, memuat naik beberapa video mesra bersama Emma, disertai kapsyen yang seolah-olah memberi bayangan mereka adalah suami isteri.