Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Cat Farish Sahkan Sudah Bercerai

Hujung minggu lepas, sebuah akhbar mingguan tempatan melaporkan penyanyi dan pelakon, Cat Farish sudah bercerai dengan isterinya Hartiny Ramli selepas sembilan tahun mendirikan rumah tangga. Menurut laporan berkenaan, rumah tangga pasangan itu sebenarnya sudah lima tahun mempunyai masalah dan mereka berdua juga tidak mempunyai persefahaman lagi.

Advertisement

Tidak mahu pelbagai spekulasi timbul, Cat menerusi portal Harian Metro mengesahkan beliau sudah bercerai sejak bulan April lepas.

Semuanya berpunca daripada sikapnya sendiri yang mengabaikan rumah tangganya kerana terlalu sibuk dan fokus dengan kerjayanya.

Apabila sudah tiada persefahaman dan masing-masing mula ego, bercerai adalah jalan yang terbaik untuk kami. Apa pun saya tidak menyalahkan bekas isteri, malah selepas bercerai banyak perkara berlaku yang menyedarkan diri saya.

Hasil perkahwinan Cat Farish dan Hartiny mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 9, Eva Latheefa, 6, dan Qul Iskandar, 5.

Sumber Berita : Harian Metro

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama