Carro Sumbang 30 Kereta, Vincent Tan Hulur RM3,000 Untuk Mangsa Letupan Paip Gas Di Putra Heights

Berita

Carro Sumbang 30 Kereta, Vincent Tan Hulur RM3,000 Untuk Mangsa Letupan Paip Gas Di Putra Heights

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan perkhidmatan percuma kepada mangsa insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights sehingga menyebabkan kebakaran besar serta kemusnahan harta benda.

Memetik laporan Berita Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mengumumkan bahawa JPJ akan membuka kaunter bergerak di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Masjid Putra Heights bagi memudahkan penggantian dokumen penting yang musnah atau hilang akibat kejadian itu.

Advertisement

Ganti dokumen secara percuma

lesen kenderaan motor

Dokumen yang boleh diganti secara percuma termasuk lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC).

Menurut Loke, inisiatif ini bertujuan membantu mangsa dalam urusan tuntutan insurans, dan yang lebih penting, mereka tidak perlu membuat laporan polis untuk mendapatkan dokumen baharu.

Mangsa hanya perlu memberikan nama dan nombor kad pengenalan mereka, dan semua dokumen akan dicetak semula secara percuma. Perkhidmatan ini bermula hari ini hingga esok, dan akan dilanjutkan jika diperlukan.

Carro setuju sumbang 30 buah kereta

carro

Dalam pada itu, turut dimaklumkan bahawa syarikat penjualan kereta, Carro bersetuju untuk menyumbang 30 kenderaan bagi kegunaan sementara mangsa insiden berkenaan secara percuma.

Selain itu, kerajaan sedang dalam perbincangan dengan beberapa pihak untuk menaja pemberian motosikal percuma kepada lebih 70 mangsa yang terkesan.

Pejabat EXCO Pelaburan, Perdagangan dan Mobiliti Selangor, Ng Sze Han, sedang melakukan pendaftaran. Mana-mana mangsa yang memerlukan kenderaan, boleh mendaftar dengan mereka. Kita akan melihat jumlah keperluan terbabit.

 

Kita juga sedang menghubungi syarikat lain supaya mendapat lebih banyak kenderaan yang boleh digunakan mangsa untuk sementara waktu.

Vincent Tan sumbang RM3,000 untuk keluarga mangsa

Vincent Tan

Mengulas lanjut, dia turut memberitahu pengasas Kumpulan Berjaya iaitu Tan Sri Vincent Tan turut menyediakan dana sebanyak RM3,000 yang akan disumbangkan kepada setiap keluarga mangsa.

Ia adalah antara sumbangan sedang diusahakan dan sudah tentu kementerian akan terus menghubungi syarikat swasta untuk cuba membantu mangsa.

Advertisement

Sebelum ini, Chery Malaysia akan menyediakan 50 kereta selama sebulan bagi membantu mangsa kebakaran paip gas di Putra Heights yang mengalami kerosakan kenderaan akibat insiden tersebut.

Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta, Bantu Mangsa Kebakaran Di Putra Heights
6 hari lalu

Chery Malaysia Bekalkan 50 Kereta, Bantu Mangsa Kebakaran Di Putra Heights

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.