June 14th, 2013

Carmen Soo ialah antara aktres tempatan yang berjaya mencipta nama di luar negara, atau secara spesifik, di Filipina. Sehingga kini, nama Carmen sering disebut di sana.

Carmen juga mempunyai kelab peminat Filipina yang menamakan diri mereka The Soopers. Mereka sentiasa mencari maklumat terbaru tentang Carmen, dari gambar-gambar Carmen sehingga kecil sehinggalah projek-projek terbaru yang melibatkan dirinya dan menyebarkan maklumat tersebut di pelbagai platform media sosial.

Begitulah impak Carmen di Filipina, dan gadis ini juga terus sukses dengan membintangi pelbagai filem seperti Dead Mine dan The Hunter. Kehidupan peribadi Carmen telah menjadi bualan umum. Pernah suatu masa, Carmen menjalin hubungan dengan seorang pengarah bernama Lino Cayetano di sana. Tidak lama selepas itu, mula tersebar cerita tentang hubungan mereka.

Semasa di sana, cerita saya keluar dengan pengarah itu masuk dalam berita, sedangkan dia bukan pelakon!

Dia dijemput ke rancangan bual bicara yang disiarkan di televisyen untuk membincangkan tentang percintaannya dan pihak media juga meminta pengesahan darinya, tetapi Carmen berkata dia tidak memberikan kerjasama:-

Ada tahap minat yang baik untuk industri, tetapi ia boleh buat anda jadi gila. Sesetengah orang hanya menggunakan semua itu untuk menarik perhatian kerana ada peluang untuk muncul di televisyen, kerana ia menjadi bahan berita. Saya pilih untuk tidak buat begitu.

Peminat-peminat, mereka menonton rancangan drama, sukakan drama itu, dan mereka benar-benar ingin percaya yang pelakon-pelakon utamanya memang ada hubungan istimewa dalam kehidupan sebenar. Dalam fikiran mereka, mereka suka untuk mempercayainya…dan ia menjadikan drama tersebut berjaya.

Di Filipina, industri hiburan mendapat minat dan perhatian yang tinggi dari rakyatnya, yang dilihat memuja selebriti dan pelakon pada tahap dewa-dewi.

Lima tahun lepas, Carmen telah membintangi drama Kahit Isang Saglit bersama hero pujaan di Filipina, Jericho Rosales. Sewaktu membintangi drama itu, Jericho telah putus cinta dengan kekasihnya, Heart Evangelista yang sudah bercinta dengannya selama tiga tahun.

Sudah tentu Carmen dikaitkan dengan peristiwa tersebut. Pada masa itu, tersebar di Filipina yang Carmen ialah punca kepada putusnya hubungan tersebut, dan khabarnya Heart juga mempercayai khabar angin itu.

Berkenaan hubungan dengan Jericho, baru-baru ini, Heart Evangelista telah mengakui yang Carmen sebenarnya langsung tidak kena mengena dengan keretakan hubungannya dengan Jericho.

Dia muncul dan mengakui saya tidak pernah buat apa-apa seperti itu, lima tahun kemudian. Pada masa itu pun saya sudah kata, saya tidak terlibat.

Begitulah ceritanya dari Carmen yang masih popular di Filipina dan sering dijemput ke majlis-majlis hiburan di sana. Kredit gambar dan info, Esquire Malaysia.


Comments are closed.

Loading...