“Carilah Semenggah Sikit” – Akui Watie Ada Ciri-Ciri Isteri, Tapi Netizen Suruh Shuib Fikir ‘Masak-Masak’

Hiburan

“Carilah Semenggah Sikit” – Akui Watie Ada Ciri-Ciri Isteri, Tapi Netizen Suruh Shuib Fikir ‘Masak-Masak’

Sebelum ini, Shuib Sepahtu ada membuat satu pengakuan bahawa dirinya memang sedang berkawan rapat dengan usahawan wanita yang sering dikaitkan dengannya iaitu Watie.

Malah ketika ditanya jika Watie mempunyai ciri-ciri wanita yang sesuai untuk dijadikan sebagai isteri, pelawak itu percaya usahawan terbabit ada ciri-ciri seperti itu kerana kelihatan anak-anaknya pun selesa ketika bersama.

Advertisement

Kami belum ada apa-apa perancangan. Baru peringkat awal, baru kawan-kawan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Biarpun sudah membuat pengakuan mengenai hubungannya bersama usahawan wanita itu, netizen seakan-akan tidak dapat menerima apabila Shuib berkata sedemikian.

Menurut mereka, penyampai radio Suria FM itu mampu memiliki seseorang jauh lebih baik daripada Watie dan meminta agar Shuib tidak membuat keputusan melulu dengan memilih wanita berkenaan.

komen netizen

komen netizen

Terdahulu, Shuib mengakui keluar makan bersama Watie dan anak-anak di sebuah restoran mewah selepas tular imej pantulan seorang wanita di dalam gambar yang dimuat naik dalam Instagram.

Shuib watie
1 year ago

“Sah Dah La Tu” - Shuib Kongsi Foto Makan Di Restoran Mewah Bersama Anak, Netizen Nampak Bayang Watie di Cermin?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...