Perkongsian pelakon terkenal, Nora Danish, di platform Threads baru-baru ini mencuri perhatian wargamaya apabila beliau menitipkan pesanan berkaitan kepentingan memilih pasangan hidup dan sahabat yang baik.
Menurut Nora, individu di sekeliling memainkan peranan besar dalam membentuk diri seseorang, sama ada ke arah kebaikan atau sebaliknya. Justeru, beliau menasihatkan agar memilih insan yang mampu saling mengingatkan dan mengajak ke arah perubahan positif.

“Carilah pasangan hidup dan sahabat yang sama-sama menegur untuk menjadi lebih baik, bukan sama naik atau menjadikan kita lebih kufur.”
“Belajar untuk berfikir sebelum membuat sebarang penilaian atau tindakan. Tidak salah pun untuk husnuzon,” kongsinya.
Tambah Nora lagi, cara seseorang melihat dan menilai sesuatu situasi turut mempengaruhi ketenangan jiwa.
“Lens kena tukar cara kita melihat sesuatu perkara. Pandang dengan mata hati. Nescaya hati jadi lebih tenang,” katanya.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi positif daripada wargamaya yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Nora. Malah, ada yang menyifatkan kata-kata itu sebagai peringatan lembut untuk diri sendiri dalam menjalani kehidupan seharian dengan lebih berlapang dada dan berfikiran positif.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
