Usahawan terkenal dan selebriti, Noor Neelofa memberi nasihat kepada adik perempuannya, Nur Ameera untuk mencari suami yang bertanggungjawab dan faham tanggungjawab sebagai seorang suami.
Menerusi sebuah podcast,bekas pengacara program MeleTOP itu berpendapat seorang lelaki mampu menjadi ketua keluarga yang baik sekiranya mereka memahami tanggungjawab mereka berlandaskan ajaran agama Islam.
Saya ada seorang adik yang belum berkahwin, saya selalu cakap dekat dia kalau nak kahwin benda pertama kena cari orang yang faham tanggungjawab dan macam mana nak galas tanggungjawab tu.
Jadi saya rasa kalau tanggungjawab tu dia jelas, banyak benda akan mudah tau. Bukan kau kerja apa nombor satu, bukan muka macam mana, bukan suka kau siapa.
View this post on Instagram