Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

‘Cari La Orang Sama Level’ – Suami Kaka Azraff Dedah Cerita Selepas Kahwin, Pernah Dipandang Hina

Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35, Kaka Azraff mengakui suami adalah pendorong utamanya dalam karier nyanyian. Selain suami, ibu saudara iaitu ratu rock Malaysia, Ella dan Jojie Aminuddin antara yang sentiasa berada di sisi memberi semangat untuk berjuang di pentas AJL.

Di Instagram, suami, Adam Azriff mendedahkan kisah di awal perkahwinan di mana dia pernah dipandang sebelah mata oleh rakan-rakan. Adam berasa terkilan apabila dia dianggap tidak setaraf dengan isteri yang sedang meningkat nama pada waktu itu.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Adam Azriff (@helloadamazriff)

“Kenapa khawin dengan dia? He is a nobody. Dia mana mampu jaga you.”

“Elok elok nama tengah naik dalam industry, kau nak khawin dengan dia. Cari la orang sama level. Confirm drop ni.”

“Are you sure he is good for you? Please think about your career.”

Kata-kata yang dilemparkan rakan-rakan membuatkan Adam tertampar sehingga menitiskan air mata. Dia meminta maaf kepada Kaka kerana terpaksa mendengar tuduhan tidak sedap seperti itu. Walau bagaimanapun, dia tetap kuatkan hati dan menerima sahaja apa yang diperkatakan.

Advertisement

Meluahkan rasa bangga dengan kejayaan isteri merangkul anugerah, Adam juga berjanji akan sentiasa bersama tidak kira susah ataupun senang.

Di ruangan komen, orang ramai memberi kata-kata semangat dan mendoakan semoga hubungan pasangan ini berkekalan. Mereka turut berasa tersinggung apabila jodoh dipertikaikan.

SUMBER : Adam Azriff
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    March 18, 2021 at 6:25 pm

    lol buat joke ke apa? jantan ni anak org have2.. kaya raya kot restoran ada, kedai perabot ada, and anak datok. Kaka ni bukan sefemes Ella pon

  2. Zioe

    March 18, 2021 at 2:19 pm

    Y penting usaha perbaiki selepas itu inshaAllah…….tapi cmne pulak jenis y hentam isteri sendiri? X membantu dikatakan isteri pemalas,bila isteri bantu dimarah2 dimaki, bila isteri nk tolong sukarela malah berlagak xnk pulak dibantu…..
    Dugaan lain2…kena sabarlah…kuatkan hati..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top