Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-35, Kaka Azraff mengakui suami adalah pendorong utamanya dalam karier nyanyian. Selain suami, ibu saudara iaitu ratu rock Malaysia, Ella dan Jojie Aminuddin antara yang sentiasa berada di sisi memberi semangat untuk berjuang di pentas AJL.
Di Instagram, suami, Adam Azriff mendedahkan kisah di awal perkahwinan di mana dia pernah dipandang sebelah mata oleh rakan-rakan. Adam berasa terkilan apabila dia dianggap tidak setaraf dengan isteri yang sedang meningkat nama pada waktu itu.
View this post on Instagram
“Kenapa khawin dengan dia? He is a nobody. Dia mana mampu jaga you.”
“Elok elok nama tengah naik dalam industry, kau nak khawin dengan dia. Cari la orang sama level. Confirm drop ni.”
“Are you sure he is good for you? Please think about your career.”
Kata-kata yang dilemparkan rakan-rakan membuatkan Adam tertampar sehingga menitiskan air mata. Dia meminta maaf kepada Kaka kerana terpaksa mendengar tuduhan tidak sedap seperti itu. Walau bagaimanapun, dia tetap kuatkan hati dan menerima sahaja apa yang diperkatakan.
Meluahkan rasa bangga dengan kejayaan isteri merangkul anugerah, Adam juga berjanji akan sentiasa bersama tidak kira susah ataupun senang.
Di ruangan komen, orang ramai memberi kata-kata semangat dan mendoakan semoga hubungan pasangan ini berkekalan. Mereka turut berasa tersinggung apabila jodoh dipertikaikan.