Walaupun kerap berkongsi mengenai pendapatnya tentang sesuatu perkara namun ada juga perkara yang tidak dihebahkan oleh Oktovia Manrose kepada umum.
Tanpa bercerita banyak, pelakon wanita itu sudah pun berhijab sejak Aidilfitri lalu. Namun, dia lebih senang menyimpan cerita itu daripada pengetahuan ramai.
Saya lakukannya kerana Allah SWT. Ya, saya mengesahkan sudah bertudung. Cukuplah komen ringkas, selebihnya saya harap terus istiqamah dalam perjalanan kehidupan baharu ini.
Apabila ditanya mengenai dunia lakonan, wanita itu menyatakan bahawa segala tuntutan yang dijanjikan sebelum ini sudah pun selesai sebelum dia mulakan lembaran hidup yang baru ini.
Dalam pada itu, Oktovia menjelaskan bahawa dia mahu memberikan sepenuh perhatian dalam usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Saya ingin fokus dalam beribadah dan mencari keredaan Allah. Saya mahu memberi tumpuan memperbetulkan diri sendiri. Soal kehidupan dunia akan datang kemudian hari.
Mahu menjadi ‘Oktovia yang baru’, dia turut akan mempertimbangkan tawaran watak bagi menyesuaikan dengan imej terbarunya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
dunno
August 27, 2021 at 3:02 pm
Anonymous, siapa sepupu die?
entah lerr
August 27, 2021 at 2:57 pm
jahatnya mulut. ni lah antara dajjal dajjal kecil dunia hahahaha. kita jangan persoalkan niat seseorang. kalau dia betul ikhlas kerana Allah, kau dah dikira jatuh fitnah. nauzubillah. husnuzon jela. berfikir sebelum nak terus kecam & fitnah orang.
Anonymous
August 27, 2021 at 2:35 pm
nampak lebih kepada nak berfesyen ja. semoga x jadi mcm sepupu ko