Dikecam kerana tindakannya membuka tudung, sebagai seorang manusia biasa, mungkin jauh di sudut hati Emma Maembong beliau merasa cukup rapuh. Apa yang beliau lakukan itu adalah satu perkara yang menjadi isu besar kerana menyentuh soal agama.
Mungkin ingin mencari kekuatan diri, Emma bertemu dengan Heliza Helmi untuk meminta nasihat.
Sempat memuat naik beberapa foto beliau memeluk erat Heliza, Emma berkata banyak yang beliau dapat pelajari daripada pertemuan itu.
Heliza menerusi Insta Stories juga memuat naik kapsyen yang cukup menyentuh hati dan pada masa yang sama menasihati netizen supaya berhenti mengecam Emma dan mendoakan yang baik-baik sahaja buat pelakon wanita itu. Kita tidak boleh menghukum seseorang kerana tidak mengetahui apakah yang mereka lalui sebelum ini.
Tidak dinafikan keadaan masih lagi tegang dimana ramai tidak boleh menerima hakikat Emma sudah membuka tudung. Bagaimanapun, siapalah kita untuk menentukan dosa pahala seseorang. Benar apa yang Emma lakukan dilarang di sisi agama tetapi janganlah terus mengkritik. Doakan yang baik-baik.