Tumpuan netizen kini terarah kepada Ija Nizaruddin atau nama sebenarnya Tengku Nizaruddin Tengku Zainudin, 38 tahun, pempengaruh permotoran yang hangat diperkatakan selepas dilaporkan hilang dan kereta isterinya ditemui di Sungai Tui semasa dalam perjalanan ke Muar.
Namun, menurut polis menerusi satu kenyataan, kisah kehilangan itu kemungkinan direka-reka dan kini dalam siasatan lanjut.
Adik dan abang didakwa buat laporan palsu
Pihak polis menyatakan terdapat keraguan terhadap laporan yang difailkan oleh adik Ija. Susulan itu, mereka mendapati bahawa Ija sebenarnya berada di negara jiran.
Sementara itu, keluarga dan rakan-rakan, termasuk kenalan rapat Ija yang dikenali sebagai Shah Affendi, turut dilaporkan bersama-sama giat menyertai operasi pencarian di sepanjang Sungai Tui dan kawasan berhampiran.
Shah Affendi berkongsi pengalaman mereka mencari Ija di kawasan kebun sawit seluas kira-kira 4 kilometer dengan nada kesal di laman Facebooknya.
Setakat ini, polis masih belum mendedahkan motif sebenar di sebalik insiden ini. Ija bersama adiknya kini digolongkan sebagai suspek dan sedang disoal siasat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.