“Cari Je Siapa Yang Memula Post Dulu” – Yana Samsudin Komen Isu ‘Plot Twist’ Kes Zara Qairina

Hiburan

“Cari Je Siapa Yang Memula Post Dulu” – Yana Samsudin Komen Isu ‘Plot Twist’ Kes Zara Qairina

Pelakon dan pengarah ternama, Yana Samsudin, tampil memberikan pandangan tegas terhadap isu tular kandungan yang dikatakan berasal daripada “diari” Allahyarham Zara Qairina Mahathir. Yana menegaskan bahawa penyebaran sebegitu adalah suatu perkara serius yang perlu disiasat dari sumbernya.

Advertisement

“Senang aja, cari siapa yang post memula ‘konon’ diari arwah kata tak sayang ibu dia tu kan, pastu siasat lah dapat sumber dari mana. Kalau fitnah, saman je orang yang memula post,” tulis Yana tegas.

Beliau menggesa agar pihak berkuasa menumpukan usaha menyiasat pihak pertama yang menyebarkan kandungan sensitif tersebut, bukannya terperangkap dalam naratif yang tidak sahih.

Selain itu, peguam-peguam yang mewakili ibunya, Noraidah Lamat juga turut menyuarakan kebimbangan mereka mengenai keselamatan bahan bukti peribadi Zara yang kini dipercayai dalam simpanan polis. Mereka mempersoalkan bagaimana kandungan tular tersebut dapat bocor ke tangan umum—isu yang jelas membuka jalan kepada naratif negatif terhadap keluarga mangsa.

Dalam hal ini, Noraidah sendiri tidak mengejar kemenangan, sebaliknya hanya berharap keadilan dapat ditegakkan bagi anaknya. Semua barang peribadi milik Zara telah diserahkan kepada pihak polis seperti yang diminta keluarga.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Penampilan DS Haflin dikecam
2025-08-09 11:17:39

Pakai Songket Macam Mini Skirt Di KLFW, DS Haflin Nazri Aziz Buat Netizen Sakit Mata - "Macam Balik Snorkeling!"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Murai

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...