“Cari Jalan Penyelesaian Bukan Bermakna Akan Kembali Bersama” – Diana Danielle Harap Netizen Tak Salah Faham

Hiburan

“Cari Jalan Penyelesaian Bukan Bermakna Akan Kembali Bersama” – Diana Danielle Harap Netizen Tak Salah Faham

Sebelum ini, sebutan kes hadanah atau hak penjagaan anak kepada pasangan pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle berjalan lancar apabila mendapat kerjasama baik daripada kedua pihak.

Menurut Diana, tuntutan itu dibuat untuk mendapatkan keadilan buat kedua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Advertisement

Semua berjalan dengan baik, doakan yang terbaik dan harap kita boleh buat kesimpuan dan penyelesaian.

Terbaru, pelakon Imaginur itu menjelaskan kenyataannya mengenai usaha mencari jalan penyelesaian terbaik kes berkenaan kerana enggan timbul salah faham.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson berkata kenyataan tersebut bukan bermakna dia akan kembali semula dengan Farid.

Mencari jalan penyelesaian tidak bermakna akan kembali semula. Jangan salah faham pula dengan statement saya.

Terdahulu, mahkamah mengeluarkan perintah hak penjagaan sementara dua anak mereka diberikan kepada Diana pada 28 Mac lalu.

Info tambahan, Farid dan Diana telah mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad dan Nur Aurora.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Farid Kamil Diana Danielle
1 year ago

"Saya Takkan Pernah Berhenti Berusaha Untuk Mencari Anak Dan Isteri Saya Berada" - Farid Kamil

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Mstar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...