Berkongsi cerita-cerita peribadi bukanlah satu perkara yang mudah jika tiada platform yang betul. Abang Nara gembira sungguh bila terjumpa tentang Project Listen. Banyak sungguh kisah-kisah inspirasi dan menyayat hati yang telah dikongsi menerusinya.
Abang Nara pun dah berkongsi serba sedikit tentang kisah hidup diri ini. Siap buat video lagi. Almaklumlah excited terlebih untuk berkongsi kegembiraan menjadi ayah. Seronok tau ada anak nie.
Dan disebabkan ramai sangat yang bertanya tentang kerjaya seorang blogger, Abang Nara turut kongsikan sedikit cerita tentang kehiudapan diri ini sebagai seorang full time blogger. Jadi kalau anda ada cita-cita nak jadi full time blogger, sila tonton video ini terlebih dahulu.
Selepas Abang Nara buat video-video ini, terasa gembira sangat sebab dapat berkongsi dengan anda semua serba sedikit tentang hidup Abang Nara. Memang betullah orang kata kadang-kadang kita kena luahkan sahaja apa yang terpendam dalam hati ini untuk rasa lebih lega. Lebih-lebih lagi kalau cerita itu mampu memberikan inspirasi kepada orang lain.
Apakah cerita anda? Layari www.projectlisten.com.my untuk mendengar lebih banyak cerita-cerita yang awesome daripada rakyat Malaysia sendiri.