Cari Duit Lebih Tampung Perbelanjaan, 8 Kerja Sambilan Ini Boleh Membantu Anda. Dah Buat?

Trending

Cari Duit Lebih Tampung Perbelanjaan, 8 Kerja Sambilan Ini Boleh Membantu Anda. Dah Buat?

image

Ramai kebanyakan daripada kita dah mula cari kerja lebih atau kerja sambilan untuk dapatkan duit lebih bagi menampung kos sara hidup yang makin tinggi.

Advertisement

Tapi apa kerja sambilan yang popular di kalangan rakyat Malaysia? Berikut admin senaraikan lapan kerja di bawah  ini mungkin boleh memberi anda serba sedikit idea:

1. Pegawai promosi
Kerja seorang pegawai promosi ini adalah mempromosikan barang jualan dan juga menerangkan mengenai produk yang dijual. Gaji seorang promoter biasanya diberi dalam lingkungan RM400-500 sehari tetapi komisen dikira per jam atau bilangan produk terjual. Jika bernasib baik pelbagai elaun akan diberikan. Pegawai promosi biasanya mendapat gaji asas yang agak tinggi – RM1,400-RM1,800 sebulan.

2. Pembantu jualan di kiosk @ pasaraya

Di kebanyakan pusat membeli belah, biasanya terdapat booth-booth kecil atau kiosk yang menjual barang-barang seperti kerongsang, ubat-ubatan tradisional, tudung, baju ataupun makanan ringan. Booth seperti ini memang sering menggunakan pekerja sambilan, sama ada syif siang atau malam. Gajinya pula dalam lingkungan RM900-1,300 sebulan.

3. Restoran makanan segera
Restoran makanan segera sudah lama menjadi lokasi kerja sambilan yang paling popular. Mana tidaknya, hampir setiap masa kerja kosong diiklankan di sana sini. Banyak bahagian di restoran makanan segera yang memerlukan pekerja sambilan seperti delivery, juruwang dan juga pelayan.

4. Blogger
Semakin ramai pelajar serta suri rumah tangga yang menjadikan blogger sebagai kerja sambilan yang bukan sahaja menyeronokkan malah, mampu memberikan pulangan yang lumayan. Silap hari bulan boleh menjadi sepopular seperti artis mahupun ahli politik.

Penulisan lebih kepada review produk atau sesuatu servis. Pihak pengiklan biasanya sanggup membayar dalam lingkungan RM500-1,000 untuk sesuatu review, bergantung kepada populariti sesebuah blog.

5. Pensyarah sambilan / guru tuisyen
Pensyarah sambilan memerlukan kelayakan khusus paling tinggi berbanding kerja-kerja sambilan yang lain. Kebiasaannya institut pengajian tinggi akan membuka penawaran jawatan kosong untuk tenaga pengajar sambilan.

6. Despatch / runner
Bagi yang ingin menambahkan pendapatan, menjadi seorang despatch atau runner memang sangat berbaloi lebih-lebih lagi bisnes online sedang meletup. Banyak peniaga-peniaga online di luar sana memerlukan khidmat despacth atau runner.

Mudah sahaja jika anda berminat, buat sahaja satu akaun Facebook page bagi perkhidmatan ini, pasti ramai akan mencari anda. Jika berminat memohon jawatan despatch secara sambilan, boleh layari di sesawang terutama sekali laman web jawatan kosong.

7. Ejen jualan
Pekerjaan sambilan sebagai ejen jualan sangat terkenal dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Biasanya mereka menjadi agen jualan untuk produk-produk kesihatan dan sebagainya. Dalam masa sebulan, bergantung kepada berapa ramai pelanggan tetap mereka, pendapatan seorang agen jualan boleh mencecah RM1,000 atau lebih.

8. Perunding Kewangan
Perunding atau konsultan sambilan mempunyai waktu kerja flexible. Syarikat-syarikat insurans biasanya menawarkan jawatan kosong perunding sambilan dengan kelayakan diploma atau ijazah yang mana pendapatan bulanan boleh mencecah RM2,000-3,000. Apa yang lebih menarik, latihan juga akan diberikan.

Dari kelapan-lapan yang disenaraikan ini, mungkin sedikit sebanyak kita dapat buat kan? Bergantung terhadap kemampuan dan kebolehan diri kita. Apa pun, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Kan?

sumber : sinarharian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...