Cari Duit Hasil Titik Peluh Sendiri, Cik B Kecewa Dituduh Sukses Kerana Lahir Daripada Keluarga Berada

Hiburan

Cari Duit Hasil Titik Peluh Sendiri, Cik B Kecewa Dituduh Sukses Kerana Lahir Daripada Keluarga Berada

Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B nampaknya semakin mencipta nama dalam industri hiburan apabila mula terlibat dalam bidang lakonan dan kini mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian.

Meskipun semakin dikenali ramai, Cik B tampil meluahkan rasa kekecewaan apabila sesetengah netizen mendakwa dirinya popular kerana ‘dibantu’ oleh kekayaan ibunya, Datuk Vida.

Advertisement

Dia dilihat memuat naik luahan perasaannya itu menerusi akaun Twitter peribadi miliknya, semalam.

Tampil membidas dakwaan itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata bahawa semua kejayaan yang dikecapinya kini hasil kerja keras serta titik peluhnya mencari rezeki.

Tambah Cik B lagi, ibunya itu kini berjaya dan bergelar usahawan berjaya kerana kerja keras setiap hati tanpa mengenal erti lelah dan dia juga ingin mengikuti jejak langkah ibu kesayangannya itu.

Dalam pada itu, Cik B turut meluahkan rasa kesyukuran kerana dilimpahi rezeki yang melimpah ruah setelah terjun ke dalam bidang seni hiburan.

Dia yang kini  popular dengan single pertamanya berjudul Tolonglah turut dilihat berlakon sebagai watak sampingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayang sebelum ini di saluran televisyen TV3.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...