Anak kepada usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Vida, Cik B nampaknya semakin mencipta nama dalam industri hiburan apabila mula terlibat dalam bidang lakonan dan kini mula melibatkan diri dalam bidang nyanyian.
Meskipun semakin dikenali ramai, Cik B tampil meluahkan rasa kekecewaan apabila sesetengah netizen mendakwa dirinya popular kerana ‘dibantu’ oleh kekayaan ibunya, Datuk Vida.
Dia dilihat memuat naik luahan perasaannya itu menerusi akaun Twitter peribadi miliknya, semalam.
Tampil membidas dakwaan itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata bahawa semua kejayaan yang dikecapinya kini hasil kerja keras serta titik peluhnya mencari rezeki.
netizen ckp “kaya bolehla” lol!
cikb buat semua tu nak cari duit jugak lah bro!! Orang bayar cikb untuk nyanyi,berlakon etc alhamdulillah!
Ingat senang ke?MAMA KAYA SEBAB KERJA!! CIKB PUN KERJA!! BUKAN DUK RUMAH GOYANG KAKI DENGKI DGN ORG..?????
Alhamdulillah rezeki??— cikb havoc (@HavocCikb) December 12, 2020
Tambah Cik B lagi, ibunya itu kini berjaya dan bergelar usahawan berjaya kerana kerja keras setiap hati tanpa mengenal erti lelah dan dia juga ingin mengikuti jejak langkah ibu kesayangannya itu.
View this post on Instagram
Dalam pada itu, Cik B turut meluahkan rasa kesyukuran kerana dilimpahi rezeki yang melimpah ruah setelah terjun ke dalam bidang seni hiburan.
Dia yang kini popular dengan single pertamanya berjudul Tolonglah turut dilihat berlakon sebagai watak sampingan dalam drama Lelaki Lingkungan Cinta yang ditayang sebelum ini di saluran televisyen TV3.