Penyanyi popular, Sufian Suhaimi mengakui menjalani kehidupan harian seperti biasa selepas putus cinta itu bukanlah sesuatu yang mudah.
Cuba menyibukkan diri
Kata Sufian atau lebih mesra dipanggil Pian ini, perasaan sedih yang muncul semasa fasa putus cinta itu dapat diatasi dengan menyibukkan diri dengan bekerja supaya tidak terlalu memikirkan hal tersebut.
Putus cinta ke berpisah ke, ini memang satu benda yang tak mudah untuk semua orang. Bila kita kehilangan orang yang kita sayang memang dia mencabar tapi tak mustahil untuk kita jadi okay balik.
Cuma macam mana kita teruskan kehidupan. Antaranya macam kita kena sibukkan diri. Itu macam cara saya.
View this post on Instagram
Buang segala memori dan move on
Bukan itu sahaja, penyanyi lagu Di Matamu ini juga berkongsi beberapa cara yang membantu dirinya untuk mengatasi kesedihan tersebut.
Kalau kita macam duduk sorang-sorang. Macam saya duduk sorang-sorang dekat rumah. Kalau macam duduk rumah je terbaring, sedih, tengok gambar. Lepas tu baca balik mesej-mesej lama, itu memang akan merosakkan lagi diri kita.
Jadi cara yang terbaik adalah untuk buang segala memori-memori yang kita ada dengan dia dan juga sibukkan diri lah. Buat lah apa pun. Cari hobi baru ke. Kalau hobi awak muzik, buat muzik.
View this post on Instagram
Terdahulu, diketahui Sufian telah menamatkan hubungannya bersama seorang wanita yang didakwa merupakan kekasihnya bernama Rania Al-Sadat.