Cara Simpan Bahan Mentah Dengan Betul

Trending

Cara Simpan Bahan Mentah Dengan Betul

Berapa kerap anda membeli bahan mentah dan bahan masakan untuk sebulan?

Sumber: Reader’s Digest

Mungkin ada diantara anda yang sibuk dan tiada masa untuk membeli-belah barangan dapur pada setiap minggu jadi anda mungkin akan menyimpan bahan mentah yang telah dibeli di dalam peti sejuk beku dalam masa yang lama.

Advertisement

Tetapi adakah bahan mentah tersebut masih elok untuk dimasak dan dimakan?

Sebenarnya, untuk mengekalkan kesegaran bahan mentah terutamanya daging, anda perlu tahu cara penyimpanan yang betul.

Kenapa perlu menyimpan makanan dengan cara dan suhu yang betul?

  • Untuk memastikan makanan dalam keadaan yang selamat dari masa anda simpan sehingga masa untuk makanan dimasak dan dimakan.
  • Untuk mengekalkan rupa dan rasa makanan tersebut.
  • Untuk mengekalkan khasiat makanan tersebut.

Menyimpan bahan mentah dan makanan dengan betul akan membantu untuk meminimakan makanan dari menjadi rosak dan tercemar dengan bakteria.

Sumber: hello doktor

Simpanan bahan mentah di dalam peti sejuk adalah cara terbaik, mudah dan selamat untuk menyimpan dalam tempoh masa yang lebih lama

Seorang doktor telah berkongsi di facebook miliknya baru-baru ini tentang cara membekukan dan menyahbekukan daging agar tidak cepat rosak. Paling penting sekali kebersihan yang menjadi keutamaan.

Jom baca perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang cara yang betul menyimpan bahan mentah anda di peti sejuk beku.

“Saya sibuk doktor, jadi saya beli barang mentah sebulan sekali. Saya rasa sebab tu saya selalu kena sakit perut”

Sebenarnya, jika caranya betul, tak salah pun nak simpan barang mentah basah seperti daging, ayam, udang, sotong selama sebulan dalam freezer.

Bahan mentah yang nak simpan di dalam freezer kena cuci bersih-bersih, lepas tu potong dan simpan dalam bekas kedap udara, ikut catuan sekali masak. Nak masak nanti, tinggal keluarkan satu bekas.

Mudah!

Selain mudah, simpan ikut catuan kecil dapat elak beku dan cairkan bahan mentah berulangkali. Ini dapat elakkan kontaminasi. Lagi-lagi kalau kau nyahbeku dengan cara rendam dalam bekas berisi air.

Bakteria membiak jika ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya.

Ini cara yang betul nyahbeku bahan mentah:

1. Meletak bahan mentah di bawah air yang mengalir.

2. Pindahkan bahan mentah dari ruang sejuk beku ke ruang chiller dan dibiar semalaman.

3. Gunakan fungsi “defrost” pada microwave. Tapi, jangan microwave Tupperware mak kau orang walaupun situ tulis microwaveable. Jangan cari nahas!

Kalau tak nyahbeku dengan betul, ais pada bahan mentah tidak cair sepenuhnya. Nanti bila masak, bahagian yang ada ais tu, hidup balik. Nanti dekat situ bakteria membiak, dan boleh jadi punca keracunan makanan.

Okay itu je!

Jika boleh, makanlah makanan masak segar. Jika tak boleh, pastikan cara beku dan nyahbeku adalah selamat!

Selain tips yang diberikan oleh doktor ini, ada beberapa lagi tips untuk menyimpan makanan lain di dalam peti sejuk.

  • Simpan semua makanan yang telah dimasak di dalam bekas yang bertutup dan dibungkus oleh plastik nipis atau kertas aluminium.
  • Jangan basuh sayur-sayuran hijau sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
  • Jangan bekukan semula makanan yang telah dinyahbekukan.
  • Bungkuskan sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam plastik yang berlubang untuk pengedaran udara yang baik.
  • Jangan simpan makanan yang telah dimasak di dalam peti ais lebih dari lima hari.

Cara penyimpanan makanan yang betul boleh membantu anda menyediakan masakan yang sedap dan berkuakiti untuk keluarga anda.

Selamat mencuba petua dan tips di atas!

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...