Cara Presiden Afrika Selatan Pakai ‘Face Mask’ Sampai Tertutup Mata Buat Ramai Terhibur

COVID-19

Cara Presiden Afrika Selatan Pakai ‘Face Mask’ Sampai Tertutup Mata Buat Ramai Terhibur

Di saat dunia sedang berperang dengan COVID-19 ini, semua rakyat di sesebuah negara pasti akan tertunggu apa jua ucapan yang akan diumumkan oleh pemimpin kita dari masa ke semasa. Oleh itu, mereka pasti akan menjadi tumpuan ramai setiap kali muncul di kaca televisyen.

Walau bagaimanapun, lain pula cerita dengan apa yang berlaku pada Presiden Afrika Selatan, di mana beliau mendapat tumpuan ramai akibat adegan lucu ketika menyampaikan ucapannya.

Advertisement

Daripada sedutan video di bawah, ramai yang terhibur dengan telatah beliau mengalami kesukaran untuk menyarungkan tali topeng muka itu ke telinganya sehingga menyebabkan matanya tertutup.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fame Tv (@famebugstv) on

Bukan itu sahaja malah, reaksi penyampai berita bahasa isyarat juga berjaya membuatkan situasi tersebut bertambah kelakar.

Difahamkan, tujuan sidang media tersebut dilakukan bagi  meminta semua warga Afrika Selatan untuk memakai face mask memandangkan negaranya akan melonggarkan kuarantin secara beransur-ansur mulai 1 Mei ini.

Pernah juga terjadi di negara kita sebelum ini di mana rakyat Malaysia membuat sebuah lagu remix “Ke Sana Ke Sini” dengan menggunakan suara daripada ucapan Perdana Menteri kita sempena COVID-19 sehingga menjadi trend.

Begitu juga dengan video yang melucukan ini, pelbagai idea kreatif juga mula muncul dan rakyat negara tersebut berjaya menghasilkan pelbagai meme yang boleh membuatkan kita geli hati melihatnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Memes For You (@theflyingh0b0) on

 

View this post on Instagram

 

A post shared by WhataTimetobeAlive (@whatatimetobealiveinsta) on

Namun, perkara tersebut tidaklah dipandang serius oleh Presiden Afrika itu apabila keesokan hari selepas video itu disiarkan, beliau berkata kepada individu yang mentertawakannya bahawa beliau akan membuat satu lagi siaran khas untuk memberi tutorial pemakaian face mask sekali lagi.

Anda boleh turut serta.

Bagaimanapun, insiden topeng Ramaphosa itu telah meredakan suasana di negara tersebut yang kini telah memasuki minggu kelima lockdown dengan sebanyak 3,953 kes setakat ini.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...