Ramai mereka diluar sana telah mencuba untuk menyimpan duit, dari duit gaji tetapi ramai tidak berjaya melakukannya.
Pendapat admin sendiri simpan duit ini lebih kepada memerlukan pengorbanan kita untuk berjimat cermat dan berdisiplin, sama konsep dengan ‘diet’ nak kurus, kalau tidak ada disiplin memang ‘kelaut’.
Korbankan masa berjalan, makan angin, shopping dan boros untuk seketika demi mencapai matlamat yang diimpikan contoh, simpan duit untuk berkahwin, bila duit dah cukup, dah kawin bolehlah lakukan seperti sebelum itu semula.
Tapi bukan untuk selamanya kerana hidup masih panjang, simpanan untuk masa tua perlu dilakukan. Tak salahkan enam bulan sekali makan angin, sebulan shopping dan empat bulan lagi simpan.
Tapi bagaimana nak simpan duit?
Seorang lelaku bernama Mohd Faiz berkongsikan satu tip berkongsepkan ‘rela paksa’ untuk menyimpan duit yang telah beliau praktikkan di mana dia berjaya menyimpan RM3,700 dalam masa enam bulan.
jom kita baca tips yang dilakukannya.
Idea ni sangat praktikal untuk semua orang.
Ok, first sekali letakkan target duit Nilai berapa yang nak dijadikan SIMPANAN ANDA.
+ Tempoh masa : 10 bulan (Januari Hingga Oktober)
+ Tujuan : Nak pi jalan jalan ke Turki @ Pi Umrah @ nak menikah lagi @ nak bawak mak ayah anak bini pi jalan jalan sabah.(Sekadar contoh)
+ Duit yang dipilih : RM 5 dan RM20
PERATURAN WAJIB :
1. Setiap kali anda menerima duit RM5 dan RM20 , anda WAJIB masukkan duit tu dalam TABUNG yang anda dah buat tadi.
2.HARAM MUAKKAD untuk anda gunakan duit RM 5 dan RM20
3.Jika ‘terguna’ sila qada dengan DOUBLE AMOUNT
4.WAJIBKAN pasangan anda buat benda yang sama.
5.If belum menikah, SHARE lah dengan housemate, roomate anda.
6.JANGAN dok gatai tangan pi pecah tabung tu selagi tak mencapai usia MATANG .
…
Idea ni saya terima dari seorng sepupu saya Naimah Md Ludin .Beliau seorang guru dan suaminya seorng pegawai TM Telekom.
Selepas 6 bulan beliau buat kaedah ini, Hasilnya ,
140 keping RM 20
180 keping RM 5
Total saving secara PAKSA RELA selepas 6 bulan = RM 3700