Cara Penjagaan Anak Sering Dikritik, Hairul Azreen Akui Tiada Masa Baca Komen Negatif Netizen

Hiburan

Cara Penjagaan Anak Sering Dikritik, Hairul Azreen Akui Tiada Masa Baca Komen Negatif Netizen

Sering berkongsi klip video selain gambar kedua orang anaknya di laman media sosial, nampaknya kadang-kadang hal tersebut memberikan impak negatif kepada pelakon Hairul Azreen.

Acap kali dikritik dek cara dia membesarkan anak, lelaki itu mengakui bahawa komen negatif yang dilemparkan itu tidak memberikan kesan kepadanya.

Advertisement

hairul azreen tidak kisah komen negatif

Malah, dia dan isterinya Hanis Zalikha tidak mahu membazirkan masa melayan kritikan netizen dan hanya memberi fokus bagi menjalankan tanggungjawab sebagai ibu bapa.

“Saya cuma jaga anak-anak saya dengan cara sendiri. Apa yang saya rasa betul dan tiada masa nak kira apa yang netizen cakap tentang cara kami jaga anak-anak.”

Kalau anda ingat, sekitar Oktober tahun lepas, perbuatan Hairul memegang kaki anak perempuannya iaitu Alisa Aishah (5 bulan pada ketika itu) dan membiarkannya berdiri di tapak tangan telah ditegur oleh Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muzaphar Shukor.

hairul azreen tidak kisah komen negatif

Menurut Hairul, sebagai seorang selebriti, apa sahaja yang dilakukan pasti akan disalah anggap oleh orang sekeliling. Namun dia tidak melatah dan cuba untuk melakukan yang terbaik buat keluarganya.

“Bila saya dengan keluarga, saya tahu dunia saya tu saja. Bagi saya simple… apa yang saya rasa bagus untuk anak, saya buat la. Bila orang luar cakap apa-apa, ia ibarat kisah dongeng Ayah, Anak Dan Keldai.”

Lumrah jadi selebriti, pasti ada yang menegur. Namun sekiranya ia untuk kebaikan, apa salahnya kan?

Sumber: mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...