Cara Pelayan Lelaki Kira Harga Makanan Raih Perhatian Ramai

Trending

Cara Pelayan Lelaki Kira Harga Makanan Raih Perhatian Ramai

Setiap kali kita berkunjung ke restoran, sudah pasti kita akan wajib membayar di kaunter atau terdapat pekerja yang datang mengira harga makanan kita di meja bukan? Kebiasaannya, restoran yang menawarkan harga murah mempunyai lebih ramai pelanggan kerana harga yang berpatutan di samping makanan yang sedap.

Tidak dinafikan, setiap restoran atau kedai makan pastinya mempunyai tarikan istimewa mereka yang tersendiri. Antara contoh tarikan istimewa sesebuah restoran itu termasuklah makanan yang sedap, gelagat pekerja atau pemilik yang menghiburkan, harga yang murah serta pelbagai lagi.

Advertisement

3 years ago

Pekerja McD Raih Tumpuan, Menari Hiburkan Anak Pelanggan

Seperti sebelum ini, tular satu insiden tentang seorang pelayan wanita di sebuah restoran menghafal semua menu makanan yang ada di restoran tersebut dan memberitahu menu itu kepada pelanggan dengan laju. Disebabkan itu, secara tidak langsung ia telah berjaya menarik orang ramai untuk pergi ke restoran tersebut untuk melihat sendiri aksi itu di depan mata.

Netizen terpegun lihat cara pelayan lelaki restoran ini mengira harga makanan dengan menekan kalkulator dengan laju

Baru-baru ini tular di laman TikTok, sebuah perkongsian video daripada seorang pengguna bernama aameworks yang memaparkan seorang pelayan lelaki restoran mengira harga makanan dengan laju.


Dalam perkongsian video tersebut, kelihatan pengguna itu bersama rakannya baru sahaja selesai menikmati hidangan tengahari di restoran itu. Kemudian, datang seorang pelayan lelaki sambil membawa kalkulator untuk mengira jumlah harga makanan mereka.

Apa yang menarik perhatian ramai penonton perkongsian video tersebut adalah apabila cara pelayan lelaki itu menekan kalkulator dengan laju seperti sudah terlalu biasa melakukan perkara tersebut. Perkara itu sekaligus menjadi tarikan utama pelanggan yang datang ke restoran itu.

“Ni kalau aku tekan, harga total beribu beb hahaha”

Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 2.7 juta tontonan, 143.8 ribu tanda like dan 3.5 ribu komen. Rata-rata netizen turut tertarik dengan cara pelayan lelaki itu menekan kalkulatornya dengan sangat laju.

Pelayan kedai makan laju mengira harga makanan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

 

Pelayan kedai makan laju mengira harga makanan

Antara komen netizen di ruangan komen perkongsian tersebut – via TikTok

Ada juga yang berseloroh mengatakan jika mereka berada di tempat pelayan lelaki tersebut dan menekan kalkulator laju seperti itu pastinya jumlah harga mencecah ribuan ringgit.

Tidak kurang juga yang mengatakan mereka pernah makan di restoran itu dan suka makan di situ kerana harganya yang boleh dikatakan sangat berpatutan. Restoran tersebut difahamkan terletak di Parit Jawa.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...