Seperti yang kita tahu, aplikasi ‘WhatsApp’ sememangnya sudah menjadi salah satu aplikasi pilihan ramai orang. Ia digunakan secara meluas sebagai medium untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat.
Selain itu, aplikasi tersebut juga membolehkan orang ramai berkongsi gambar dan video kepada kenalan mengikut saiz fail yang telah ditetapkan.
Namun, masalah seperti lag yang berlaku kepada telefon kita sebenarnya boleh berpunca daripada lambakan gambar dan video yang telah kita muat turun dari aplikasi tersebut.
Storage atau memory di dalam telefon kita biasanya akan cepat penuh disebabkan media daripada aplikasi tersebut dan boleh menjejaskan kelancaran penggunaan telefon jika ribuan gambar serta video dibiarkan sahaja dalam ruang telefon tanpa dipadam.
Sebuah perkongsian video menerangkan tips untuk elakkan storage telefon cepat penuh di aplikasi WhatsApp
Baru-baru ini di laman TikTok, beberapa perkongsian video daripada pengguna laman media sosial tersebut bernama afizamaziz telah menerangkan cara-cara yang boleh dilakukan oleh pengguna aplikasi ‘WhatsApp’ untuk elakkan storage telefon dari cepat penuh.
Lebih menarik lagi, pemuda tersebut juga memudahkan penonton perkongsian videonya itu dengan menerangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk pengguna peranti ‘Apple’ dan juga ‘Android’. Seperti yang kita tahu, kedua-dua peranti tersebut mempunyai layout yang berbeza.
“Terima kasih ‘bang’ kerana telah berkongsi tips“
Setakat ini, perkongsian video tersebut telah mendapat sebanyak 174 ribu tontonan, 6.2 ribu tanda like dan 283 komen. Rata-rata penonton video tersebut mengucapkan terima kasih kepada pemuda tersebut di atas perkongsiannya itu dan menhgargai tips yang diberikan.
Untuk anda yang mempunyai masalah kelancaran penggunaan telefon disebabkan oleh aplikasi ‘WhatsApp’ tersebut, jangan segan silu lah ya untuk mencuba cara-cara yang telah dikongsikan oleh pemuda tersebut.
Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara