Cara Mudah Periksa Baki ‘Touch ‘n Go’ Jika Menggunakan IC

Gaya Hidup

Cara Mudah Periksa Baki ‘Touch ‘n Go’ Jika Menggunakan IC

Tidak dinafikan, kad Touch ‘n Go sememangnya merupakan satu benda yang wajib dibawa semasa perjalanan bagi pengguna jalan raya yang sering menggunakan lebuhraya bertol.

Jam TNG
3 years ago

Guna Jam Tangan Bayar Tol Dan Barangan Farmasi, Perkongsian Wanita Ini Curi Perhatian Netizen

Advertisement

Namun begitu, tidak semua orang ‘rajin’ hendak membawa kad banyak-banyak dan lebih gemar memilih untuk menggunakan kad pengenalan atau IC sahaja sebagai kad Touch ‘n Go.

Dua dalam satu lah katakan, tak ada la masa dekat tol tu baru tercari-cari kad Touch ‘n Go dalam susunan kad yang banyak.

Selain daripada momen panik tidak jumpa kad Touch ‘n Go, terdapat satu lagi situasi yang jika boleh kita tidak mahu lalui sebagai pemandu iaitu tidak lain tidak bukan, baki kad Touch ‘n Go tidak mencukupi.

Disebabkan itu, adalah lebih baik jika kita periksa dulu baki Touch ‘n Go sebelum memasuki tol dan lebih memudahkan sekarang ini kerana sudah boleh periksa baki secara online menggunakan aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet.

Akan tetapi, pastinya ramai yang tertanya-tanya sama ada boleh atau tidak jika mahu periksa baki Touch ‘n Go kalau menggunakan IC sendiri kan? Jawapannya mesti lah boleh.

Cara-cara check baki online jika menggunakan IC

Baru-baru ini, terdapat satu ciapan di laman Twitter oleh seorang pengguna bernama @anisssurayaaa yang berkongsi tentang cara untuk memeriksa baki Touch ‘n Go jika menggunakan IC.

Nak tahu macam mana cara-caranya? Berikut merupakan cara-cara memeriksa baki Touch ‘n Go jika menggunakan IC yang anda boleh lakukan.

1. Buka aplikasi TNG (Touch ‘n Go e-Wallet) klik (More).

Touch 'n Go

2. Tulis ‘TNG Card’ di ruangan carian kemudian klik pada ‘TNG Card’ tersebut.

Touch 'n Go

3. Klik ‘Add A New Card’.

Touch 'n Go

4. Masukkan nombor dan nama kad anda. Untuk nombor kad TNG atau Watsons, anda boleh tengok di belakang kad. Untuk IC pula, anda boleh tengok nombor siri atau nombor MFG di resit yang anda peroleh semasa tambah nilai TNG menggunakan IC.

Touch 'n Go

5. Klik ‘Submit’ dan baki Touch ‘n Go di IC anda akan dipaparkan.

Touch 'n Go

Macam mana? Senang saja kan! Anda boleh lah cuba cara mudah untuk periksa baki Touch ‘n Go secara online jika menggunakan IC.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...