Cara Mudah Pastikan Barang Basah Segar Berhari-Hari, Mak-Mak Mesti Cuba!

Branded

Cara Mudah Pastikan Barang Basah Segar Berhari-Hari, Mak-Mak Mesti Cuba!

Seharian bekerja, balik rumah kena siapkan makanan untuk keluarga pula. Nak hidangkan makanan untuk keluarga, atau mereka yang eat clean  mestilah nak yang terbaik, bahan segar barulah hasilnya puas hati. 

Lupa defrost bahan masak bukan lagi masalah

Bila dah sibuk kerja tak kiralah di pejabat atau di rumah, kadang-kadang bila nak memasak baru teringat nak nyahbekukan daging atau ayam. Bila nak cepat, sudah ambil masa pula nak tunggu, tergendala lagi jadual makan. Macam mana nak buat? Boleh ke selesai masalah besar ni?

Haa, nak tahu tak, peti sejuk Panasonic dengan teknologi Prime Fresh+ boleh membantu korang kekalkan kesegaran ikan dan daging selama 7 hari*?

Kenapa teknologi Prime Fresh+ penting?

Panasonic fridge Prime Fresh Technology

Mak-mak berkerjaya atau surirumah mesti suka dengan teknologi Prime Fresh+. Tapi, apa itu teknologi Prime Fresh+ ni? Prime Fresh+ adalah teknologi peti sejuk Panasonic yang membekukan daging dan ikan pada suhu kira-kira -3°C. Barang basah yang dibekukan pada suhu ini kekal segar selama 7 hari* tanpa perlu dinyahbeku sebelum dimasak. 

Kenapa satu rumah kena ada peti sejuk dengan teknologi ni? Sebabnya, untuk melembutkan barang basah dibekukan, cuma perlu pilih mod Prime Fresh+ 4 kali lebih cepat. Senang kan? Tak payah dah ambil masa menunggu untuk nyahbeku sebelum boleh mula ‘bersilat’ di dapur.

Barang basah dalam bentuk kepingan seperti chicken slice, salami atau turkey slice juga lebih mudah diasingkan satu persatu dengan ciri Prime Fresh+ ini. Kalau makanan biasanya disejukbeku biasanya sukar disenduk, tapi tidak dengan ciri baru ini, senang je diambil untuk dimasak, tak perlu bazir masa.

Panasonic fridge details

Bukan tu je, pada suhu -3°C, sel pada daging atau ayam tidak rosak, jadi khasiat yang terkandung di dalamnya kekal terpelihara. Hidangan makanan kekal sihat untuk sekeluarga.

Siapa suka buat BBQ? Mesti tahukan masa perapan tu paling penting untuk pastikan semua bahan disalut dan diserap sempurna, barulah sedap! Prime Fresh+ ini menjadikan perasa terserap lebih cepat pada suhu ideal -3°C.

Yang penting, nak memasak pun cepat, bahan masakan kekal segar, satu keluarga pun dapat makanan berkhasiat, jimat masa pula untuk disediakan. Memang keperluan penting sekarang ni.

Selamat tinggal peti sejuk berbau

Panasonic fridge

Paling geram kalau buka peti sejuk terus keluar semerbak bau tidak menyenangkan kan? Boleh emo satu hari nanti. Sebab sibuk juga, tak sempat nak kemas peti sejuk sentiasa, akhirnya, bermacam-macam bau bercampur setiap kali pintu peti sejuk dibuka. Stres betul!

Tapi dengan teknologi Blue Ag Panasonic ini, selamat tinggal bau! Kombinasi lampu LED biru, penapis anti-bakteria Blue Ag dan aliran udara -3°C menyingkirkan 99.99% bakteria untuk penyimpanan lebih bersih dan segar.

Macam mana teknologi ni bertindak? Ion perak menyahaktif 99.99% pertumbuhan bakteria pada penapis Ag dan menghapuskan bau busuk dalam peti sejuk.

Sibuk dengan kerja 9 ke 5 setiap hari, perlu pula uruskan rumah, suami dan keluarga, masalah peti sejuk berbau tak perlu menambah kekusutan kaum wanita di dapur. Mujur ada peti sejuk Panasonic ni, selesai masalah.

Teknologi Fresh Storage

Panasonic fridge

Tahu tak, setiap jenis makanan atau bahan basah perlukan suhu ideal berbeza dalam peti sejuk? Peti sejuk Panasonic ini membahagikan 4 suhu berbeza untuk setiap bahagian sesuai keperluan. Contohnya sejuk beku mencecah kira-kira -18°C, Prime Fresh+, kira-kira -3°C, bahagian fridge kira-kira (4°C) serta bahagian sayur dwilapisan  kira-kira (6°C).

Ciri ini juga pastikan sayur bukan saja tahan lama, tapi masih kekal segar, rangup seperti baru dipetik dari ladang.

Jimat lebih tenaga dengan ECONAVI

Dengan pelbagai ciri, fungsi dan kelebihan peti sejuk ini tak membuatkan bil elektrik melambung ke? Jangan risau kerana dengan ECONAVI, tenaga dijimatkan dengan bijak.

Ini kerana 4 jenis sensor ECONAVI mengawal penggunaan harian peti sejuk. Kompresor inverter mengoptimumkan kadar penyejukan dan mengurangkan penggunaan tenaga. Inverter mengurangkan sehingga 40% tenaga manakala ECONAVI sehingga 10% tenaga. Jadi, tak ada isu bil api naik dengan peti sejuk ni.

Panasonic fridge

Jadi, ibu-ibu dan pengamal makanan sihat, apa tunggu lagi? Bertukarlah kepada peti sejuk dari Panasonic dengan pelbagai ciri berteknologi terkini bagi memastikan bahan makanan kekal segar dan berkualiti. 

Klik di SINI untuk maklumat lanjut. Boleh beli secara ONLINE atau cari PENGEDAR sah berhampiran korang untuk pembelian. Klik SINI untuk tengok katalog barangan rumah lain Panasonic dan klik PROMOSI bagi mendapatkan update terkini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...