Cara Mudah Menjadikan Tuala Lama Yang Kasar Kembali Lembut Dengan Gunakan Dua Bahan Sahaja

Kehidupan

Cara Mudah Menjadikan Tuala Lama Yang Kasar Kembali Lembut Dengan Gunakan Dua Bahan Sahaja

Macam-macam gelagat yang kita boleh lihat di media sosial tentang bagaimana rakyat Malaysia menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di rumah. Ada sesetengah yang suka memasak, bertukang, menanam pokok di halaman rumah dan tidak kurang juga yang mengemas rumah dua hingga tiga kali sehari.

Ketika sibuk mengemas, kadang-kadang terjumpa pakaian lama, tuala lama, cadar lama dan segala kain yang jarang digunakan masih tersimpan rapi di dalam almari. Tuala terutamanya jika sudah digunakan dalam jangka masa yang lama akan berubah menjadi tuala yang kasar. Tidak selembut ketika kita mula menggunakan tuala tersebut.

Advertisement

tuala

Penggunaan bahan pelembut fabrik pada tuala akan meninggalkan satu lapisan dan menjadikan tuala semakin kurang menyerap. Untuk mengelakkan penggunaan pelembut fabrik yang terlalu banyak, ini tips mencuci tuala menggunakan bahan yang terdapat di rumah dikongsikan oleh pemilik akaun Instagram acleanbee.

Yang pasti, tips ini tidak akan menyebabkan anda mengeluarkan kos yang tinggi dan cara mencuci yang sangat ringkas. Dengan menggunakan baking soda dan air, kita boleh mendapatkan hasil tuala yang lembut seperti tuala baru.

Baking soda dan air

baking soda

Pertama, masukkan secawan baking soda ke dalam baldi yang berisi empat liter air panas. Sukatan baking soda boleh diubah mengikut sukatan air yang digunakan. Jika tuala yang anda mahu cuci banyak, maka penggunaan baking soda juga adalah banyak.

merendam tuala

Kemudian, tuala tersebut direndam di dalam larutan baking soda sekurang-sekurangnya sejam. Disarankan agar anda merendam untuk semalaman bagi mendapatkan hasil yang terbaik.

mencuci tuala

Basuh tuala yang direndam seperti biasa menggunakan pencuci pakaian tanpa menggunakan pelembut fabrik. Anda boleh menambah sedikit cuka dalam cucian untuk membersihkan larutan baking soda dan menjadikan tuala lebih lembut.

Mudah saja kan? Tuala yang sudah kering akan menjadi lembut kembali seperti tuala baru. Petua ini boleh menjimatkan wang anda daripada perlu kerap membeli tuala baru di rumah.

Selamat mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...