Cara Mudah Keluarkan Sisa Sos Di Dasar Botol Guna Beg Plastik

Kehidupan

Cara Mudah Keluarkan Sisa Sos Di Dasar Botol Guna Beg Plastik

Tidak dinafikan, penggunaan sos amat penting dalam masakan sebagai penambah perasa. Lebih-lebih lagi sos cili yang kerap digunakan dalam makanan bercicah seperti kentang goreng, bebola ayam dan sebagainya.

Namun, mesti ada satu masalah bagi semua peminat sos cili kan? Ianya bukan sebab rasa sos yang kurang sedap sebaliknya melibatkan botol sos itu sendiri. Kadang-kadang kita sukar untuk mendapatkan lebihan sos pada dasar botol tersebut.

Advertisement

4 years ago

Jangan Salah Pilih! Darah Pada Tulang Antara Cara Mudah Kenali Kesegaran Ayam

Perkara ini kelihatan remeh, namun tanpa sedar ia merupakan masalah bagi peminat sos sehingga memaksa mereka menggoncangkan botol dengan kuat.

Antara cara lain adalah dengan menambah air panas. Tetapi cara ini sebenarnya boleh mengganggu keaslian rasa sos tersebut. Tambahan pula ia akan menjadi cair daripada yang sepatutnya.

sos cili sedap

Gambar hiasan (Sumber: Azryma)

Di Tiktok, seorang individu yang menggunakan akaun @kimuuseken berkongsi cara lain mengeluarkan sos iaitu dengan menggunakan plastik sahaja. Dia memasukkan botol ke dalam plastik dalam posisi menegak sebelum bertindak memusingkan plastik itu.

Sehingga kini, video yang menjadi perhatian ramai itu telah mendapat lebih daripada 2 juta tontonan serta 300,000 tanda suka.

Namun diingatkan supaya netizen yang ingin mencuba kaedah ini supaya berhati-hati atau menggunakan lapisan plastik yang tebal untuk mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...