Cara Mengenal Pasti ‘Akak Sado’ Yang Menggunakan Steroid

Trending

Cara Mengenal Pasti ‘Akak Sado’ Yang Menggunakan Steroid

akaksadoKebelakangan ini wanita sado menjadi viral di media sosial tempatan. Ada yang memuji, ada yang mengeji. Itu perkara biasa kerana kita hidup dalam masyarakat dan semua orang ada pendapat. Kami telah menerima permintaan dari pembaca untuk menerbitkan artikel ini.

1. Sekiranya seorang wanita kelihatan seperti lelaki, dia bukan semulajadi

Ini ialah tanda yang paling jelas. Sekiranya seorang wanita kelihatan seperti lelaki, tiada keraguan lagi yang dia telah mengambil steroid untuk satu jangkamasa lama. Sama seperti yang lelaki, kesemua ahli bina badan wanita yang profesional mengambil steroid anabolik pada dos yang tinggi.

Advertisement


Ini hanya membuktikan yang sukan bina badan kini tiada ‘jiwa’, tetapi ramai  yang terlibat tidak mahu mengaku yang mereka telah mengambil jalan singkat. Apa pun, individu dalam bidang ini telah membiarkan kualiti sukan ini merosot kepada tahap di mana wanita tidak lagi kelihatan seperti wanita.

2. Sekiranya suara wanita tidak seperti suara wanita, ia bukan semulajadi.

Salah satu kesan sampingan pengambilan steroid untuk wanita ialah suara mereka bertukar kerana mengambil hormon lelaki. Ini boleh berlaku walaupun tidak mengambil steroid pada kadar tinggi. Bermakna, jika mengambil steroid, suara anda boleh bertukar kepada suara lelaki walaupun rupa anda tidak bertukar maskulin.

Dalam video di bawah anda boleh mendengar suara Gal Ferreira Yates yang sedang memberi komen tentang latihan yang diakukannya. Jelas, dia mempunyai suara yang telah bermutasi kepada suara lelaki. Walaupun masih menyerupai wanita biasa, suaranya seperti lelaki. Suara wanita sepatutnya bernada lebih tinggi.


3. Sekiranya seorang wanita mempunyai bidang bahu yang lebar dan lengan yang sasa, ia bukan semulajadi

Secara umumnya, wanita mempunyai bahu yang kurang lebar berbanding kaki, pinggul dan betis mereka. Kami boleh berspekulasi mengapa begitu, namun kebarangkalian paling tinggi ialah kerana fisiologi wanita yang dicipta untuk melahirkan anak sedangkan lelaki pula tidak. Kerana itu lelaki mempunyai bahu lebar dan pinggul yang lebih kecil manakala bidang bahu perempuan lebih sempit manakala struktur pinggul lebih lebar.

Oleh sebab itu, wanita sepuluh kali ganda lebih sukar untuk menjadi sasa di bahagian perut tanpa bantuan steroid. Hanya segelintir wanita saja yang pernah mencapai kesasaan otot perut secara semulajadi. Sebagai contoh, lihat Keira Knightley dalam gambar di bawah. Dia mempunyai perut six-pack tetapi keseluruhan otot tubuhnya tidak sebesar ahli bina badan wanita yang biasa. Dia juga tidak mempunyai peratus lemak badan yang rendah seperti ahli bina badan wanita dan bahunya tidak berketul.

keiraDi dalam gambar di bawah anda boleh lihat Dana Linn Bailey. Jelas sekali, dia seorang pengguna steroid anabolik. Lihat perbezaannya dengan Keira:bailey

4. Jika badan seorang wanita keras seperti lelaki, itu tidak semulajadi

Badan wanita yang mengamalkan steroid nampak keras kerana peratus lemak badan yang rendah. Wanita cenderung untuk mempunyai peratus lemak badan tinggi dan untuk kelihatan sasa, wanita perlu mengambil dos dadah yang tinggi dan perlu mengekalkan pengambilan jika mahu terus kelihatan sasa.

5. Jika otot bahagian atas dada wanita sasa, itu tidak semulajadi

Lelaki sukar untuk membina otot di bahagian atas dada, malahan ada ahli bina badan professional yang kekurangan jisim otot di bahagian tersebut. Bagi wanita pula, ia adalah 20 kali lebih sukar. Secara umum, wanita tidak mempunyai jisim otot pangkal dada yang besar secara semulajadi atas sebab yang jelas. Bagi seorang wanita untuk mempunyai pangkal dada yang kelihatan ‘petak’ itu, hampir kesemuanya ialah kerana bantuan steroid. Dalam imej Dana Linn Bailey di bawah anda boleh perhatikan yang pangkal dadanya terbina dengan baik (perhatikan juga bonjol pada tepi bahunya dan perut six-pack)

bailey26. Sekiranya badan seorang wanita itu berbulu seperti lelaki, ia tidak semulajadi (kecuali segelintir kes)

Secara umumnya, steroid anabolik menyebabkan bulu tumbuh pada badan wanita di tempat yang pelik. Namun kebanyakan wanita menghapuskan tanda-tanda ini dan anda hanya akan perasan jika anda hidup dengan mereka.

7. Sekiranya wanita sasa memakai implan payudara silikon, ia tidak semulajadi

Ramai wanita sasa mempunyai payudara silikon yang palsu. Sebab utama ialah, jika badan wanita mempunyai peratus lemak yang sangat rendah, payudara akan ‘tersejat’ juga (perhati Keira Knighley).

Kesimpulan

Mencari ahli bina badan wanita yang mengambil steroid agak mudah. Secara umumnya kesemua ahli bina badan profesional (tanpa mengira jantina) mengambil steroid dan jenis dadah seperti Anavar dan lain-lain untuk mendapat jisim otot yang besar.

Kami tidak menggalakkan dadah anabolik kepada wanita hanya untuk tujuan rekreasi.  Jangan musnahkan penampilan feminin anda untuk otot-otot palsu.

Sumber: Natty Or Notamazingnara.com

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...