Cara Letak Nombor Telefon Waris Di Paparan Skrin Telefon, Rujukan Bila Ada Kecemasan

Trending

Cara Letak Nombor Telefon Waris Di Paparan Skrin Telefon, Rujukan Bila Ada Kecemasan

Sekarang ini dah banyak smartphone yang mempunyai ciri-ciri keselamatan yang ketat. Ini sebagai langkah perlindungan agar maklumat peribadi dalam telefon berada dalam keadaan yang selamat.

Advertisement

Mana-mana kekunci skrin yang digunakan, ianya sama sekali hanya boleh diakses oleh pemilik telefon pintar itu sahaja. Jadi kebarangkalian untuk maklumat di dalam telefon pintar itu digodam, sangat tipis.

Namun pernah tak kita terfikir, seandainya sesuatu yang tidak diduga menimpa diri. Bagaimana orang sekeliling atau orang awam ingin memberitahu ahli keluarga mengenai keadaan kecemasan yang berlaku?

Admin ingin kongsikan dengan korang, bagaimana kita boleh letakkan nombor telefon waris di paparan skrin telefon pintar, yang mampu dilihat oleh orang awam.

Paling penting, ianya tanpa perlu ‘unlock’ telefon pintar. Jom kita tengok caranya, perkongsian dari laman Turbofix Pakar Handphone.

Panduan Untuk Letakkan Nombor Telefon WARIS Bila Berlaku Kemalangan

Selalunya bila berlakunya kemalangan, sukar bagi orang yang ingin membantu untuk menghubungi waris terdekat kerana phone LOCK (yg ada password). Yalah, macam mana mereka nak buka dan lihat senarai nombor telefon jika telefon tak boleh UNLOCK..?

Di bawah ini saya kongsikan cara untuk meletakkan nombor telefon waris di screen bila phone anda LOCK. Jadi ia memudahkan orang yang ingin membantu terus DAIL nombor tersebut.

Anda boleh buat berdasarkan jenis telefon sebagaimana di bawah:

*LENOVO*

1. Setting
2. Security
3. Owner info.. Masukkan no telefon emergency

*SAMSUNG*

1. Setting
2. Device
3. Lock screen
4. Owner infomation… Masukkan no telefon emergency

*ASUS*

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

*XIOMI*

1. Setting
2. Lock Screen
3. Owner Info… Masukkan no telefon emergency

Once the screen lock.. No phone emergency tu will appear there.

*IPHONE (APPLE)*

To set, launch “Health” app & create Medical ID.
To access the info once Medical ID created:
1. Slide
2. Emergency
3. Medical id… Your emergency contact details will appear.

Anda boleh cuba buat langkah-langkah di atas. InsyaAllah ada kebaikannya.

SHARE jika info ini bermanfaat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...