Cara Lelaki Ini Sembunyikan Penyakit Kanser Undang Persepsi Positif Netizen

Trending

Cara Lelaki Ini Sembunyikan Penyakit Kanser Undang Persepsi Positif Netizen

Satu ketika dulu, jarang mendengar orang sekeliling menghidap penyakit kanser. Namun hari ini, penyakit yang digeruni ini semakin dekat dengan diri kita.

Rakan-rakan di sekeliling dan juga ahli keluarga sudah ada yang disahkan menghidap kanser.

Advertisement

Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payudara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh dirawat lagi.

Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku.  Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir.

Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat.

Tapi penyakit yang dihidapi bukanlah untuk diratapkan sehingga akhir hayat kita. Lakukan sesuatu dan bergembiralah selagi hayat masih ada.

Bukan bermaksud untuk berputus asa, tetapi hidup ini terlalu singkat sebenarnya untuk ditangisi.

Itulah yang diamalkan oleh saudara Zaki ini yang mana merupakan penghidap kanser. Beliau berkongsikan pengalaman beliau sejak mula didiagnosiskan sebagai penyakit kanser.

Sembunyi Sakit Dalam Sehat

Kehidupan sangat berharga dan pendek untuk dibazirkan. July 25 2014 Hari bersejarah dalam hidup aku itu lah permulaan aku dalam dunia kanser.

Ogos 2014, aku ambil kimo jenis ABVD 6 cycle.

Mac 2015 semua rawatan aku selesai, Mei 2015 keputusan pet scan menunjukkan kanser aku dah hilang “tak semestinya pulih sepenuhnya”

Jan 2016 selepas biopsi kancer aku aktif semula tapi aku tangguhkan rawatan kimo ke april 2016. Masa tu aku ambik kimo jenis ICE 6 cycle.

Kesan die lebih kuat dari ABVD alhamdulillah aku boleh tempuhinya.

Selepas selesai 3 cycle sepatutnya aku buat stem cell transplan, ni antara rawatan penghapus sel-sel kanser.

Sebelum meneruskan rawatan, aku ubah perjalanan hidup kepada #MisiJelajahSemenanjung 13 hari RM13 ringgit.

Alhamdulillah misi berjaya selepas habis misi jelajah semenanjung, aku dapat tajaan tiket dari Air Asia untuk #JelajahBorneo jadi aku teruskan misi aku dengan wang saku RM15 dalam 3 minggu perjalanan..

Oktober 2016 aku sambung rawatan stem cell transplant masa ni aku kena jangkitan silang yang agak teruk dan paling teruk dalam sejarah hidup sehingga mengalirkan air mata macho.

Menahan kesakitan yang teramat sakit sepanjang sakit tu yang paling sakit. Selepas 6 bulan semua kembali normal..

2017 aku aktifkan diri dengan sukan lasak seperti hiking, camping, squba dive, traveling dan sebagainya.

Kebanyakkan sukan lasak sangat mahal maka aku cuba berbincang dengan penganjur untuk pengecualian bayaran.

Jika tak dapat pengecualian dapat pengurangan pun dah memadai hakikatnya masih banyak sukan lasak aku tak mampu nak teruskan sebab kos yang sangat tinggi seperti sky dive.

Ogos 2017 aku berjaya dapatkan lesen squba dive.

Selepas tu aku sambung misi #JelajahBorneo berbekalkan RM1 bermula dari Tawau Sabah hingga ke Kuching Sarawak merentasi Wilayah Labuan, negara Brunei dan Indonesia.

September 2017 semua misi selesai aku kembali ke hospital buat biopsi dan keputusan mengesahkan sel kanser aku aktif kembali.

Aku tak kesah dengan sel kanser yang aktif, bagi aku kanser tetap sahabat aku. Masa ni aku tak tunjukkan tahap kesihatan sebab aku tak nak orang simpati dengan perjalanan aku.

November 2017 aku menangguhkan rawatan kimo pada Januari 2018 doktor benarkan atas faktor kesihatan aku masih normal.

Dec 2017 aku dapat peluang hiking di gunung kinabalu. Jika aku nak teruskan misi, aku kena tangguhkan rawatan kimo untuk habis misi Hiking Akinabalu.

Jan 2018 aku kembali ke hospital ampang bincang dengan pakar untuk tangguhkan rawatan kimo hingga mac 2018 sekali lagi doktor benarkan atas faktor kesihatan.

Feb 2018 aku teruskan misi Hiking Akinabalu dan #JelajahSabah#JelajahLabuan dengan #Misi60sen. Setiap tahun perjalanan misi aku sangat berbeza dan kali ni misi aku lebih kepada ujian mental dan fizikal.

Maka aku ambil peluang untuk hiking di kawasan sabah dan labuan.

Alhamdulillah aku dah berjaya tawan puncak tertinggi Asia Tenggara di Kinabalu dan puncak kedua teritinggi di Malaysia Gunung Trus Madi (kedua extem di sabah).

Banyak lagi gunung dan bukit yang aku tak senaraikan di sini sebab terlalu panjang untuk di taip.

Kali terakhir sabtu baru ni aku hiking Gunung Berlumut di Kluang Johor, aku masuk ward pakai bag hiking sebab aku belum balik umah lagi tadi gerak dari johor terus masuk ward di ampang.

15 Mac 2018 Hari ini aku dengan rela hati tampa paksaan dari mana pihak meneruskan rawatan kimo selepas dua kali sel kanser aktif.

Selalu kamu jumpa orang sekali kena kanser dah rasa nak mati tapi aku dah dua kali tenang ja siap pergi hiking gunung kinabalu dan pusing sabah n labuan lagi 

Aku bukan nak cerita macam mana aku sakit, macam mana ambik rawatan, tapi aku cerita pada masyarakat macam mana aku hargai kehidupan yang ada untuk lakukan aktiviti seperti orang normal.

Biarpun aku seorang pesakit Kancer Darah Tahap 3 yang orang fikir tahap 3 atau 4 adalah orang yang tiada harapan atau tunggu masa nak mati.

Aku tak suka orang panggil Tuan, Encik dan pandang aku sebagai IDOLA.

Tapi cukup pandang aku sebagai budak kampung biasa yang mampu memberi inspirasi dan membakar semangat orang lain dalam meneruskan kehidupan.

Sekarang aku di Hospital Ampang ward 8b bed 17 munkin hari sabtu dah boleh pulang.

Pada sapa berhajat nak ziarah dan dengar aku membebel datang waktu aku masih di hospital jika aku dah keluar wad aku rasa nak rehat je 

Sebenarnya sepanjang 2017-2018 ni aku dah lupa semua tentang kesakitan yang aku alami.

Selepas aku masuk hospital dan pakai unifom warna hijau dengan drip di dada baru aku perasan sebenarnya aku tetap seorang pesakit kancer darah tahap tiga.

Aktiviti aku lakukan membuat aku lupa tentang semua kesakitan aku lalui dan semua aku lakukan adalah untuk menutup kesakitan yang aku lalui.

Masa kita sehat tunjuk yang kita sehat masa kita sakit tunjuk yang kita sehat. Bukan simpati di pinta tapi cukup dengan doa yang tak didengari.

Korang jangan sedih-sedih.

Tengok aku punyer seronok melompat tinggi nasib baik tak terlondeh kain dan tak tersangkut pada batang tirai jika tak haru satu wad kecoh 

Sumber:  – https://www.facebook.com/bijakzaki/

Kisah ringkas aku https://www.facebook.com/bijakzaki/videos/1787057988002060/

#ZakiBijak #CancerFighterMalaysia #CancerBukanTiketUntukMati

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...