Usahawan kosmetik kontroversi, Nur Sajat baru-baru ini memberi jawapan kepada satu persoalan netizen yang bertanyakan tentang kematian kepadanya menerusi sesi ‘live’ di TikTok.
Esok kalau meninggal, tetap dikebumikan sebagai lelaki. – Netizen
Menurut Sajat, dia akan dikebumikan sebagai wanita dan bukannya lelaki serta jenazahnya tidak akan dibawa pulang ke Malaysia kerana sudah menetap di Australia.
Takkan nak mati pergi hantar dekat Malaysia, memang tidak lah! Mati aku perempuan nyah, register tu, mati tu, tulis female.”
@hazleemohd @nursajat85 mmg x blh blah la. ????
Dalam pada itu, Sajat turut meminta agar pihak di luar sana menerima hakikat bahawa dia seorang wanita sejati dan berhenti menimbulkan persoalan sedemikian.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Sajat dan berharap agar usahawan sensasi itu dikurniakan hidayah oleh Allah SWT.
Untuk info, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman difahamkan telah menukar status jantinanya kepada wanita dan diluluskan oleh kerajaan Australia.