“Cara Ibnu Sina Bendung Pandemik Selari Dengan Amalan Saranan KKM,” – Dr Noor Hisham

COVID-19

“Cara Ibnu Sina Bendung Pandemik Selari Dengan Amalan Saranan KKM,” – Dr Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkongsi di Facebooknya, potongan daripada sebuah filem mengenai cara Ibnu Sina seorang ilmuwan Islam dalam bidang perubatan, mengatasi pandemik.

Dapat dilihat di dalam filem tersebut, tokoh perubatan Islam itu menyarankan orang ramai supaya mengamalkan penjarakan sosial, menjaga kebersihan dan membersihkan peralatan mereka secara berkala.

Advertisement

Langkah pencegahan kesihatan awam yang dilaksanakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menepati langkah yang sama dengan yang dambil oleh Ibnu Sina.


Ibnu Sina juga turut menasihati masyarakat agar menutup tempat-tempat awam seperti masjid dan pasar untuk sementara waktu. Dia turut mengingatkan orang ramai supaya membersihkan syiling mereka menggunakan cuka.

Dr Noor Hisham memberitahu, perkara ini adalah selari dengan amalan atau Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh kerajaan.

“Meskipun kita hidup dalam era berbeza, tetapi prinsip kesihatan awam kita tidak berubah. Matlamat utama kita ialah meningkatkan kesihatan orang ramai dengan langkah berjaga-jaga yang diperlukan.”

Sebagai rekod, filem ini dihasilkan pada tahun 1968.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...