Cara Cuci Kerang Dengan Mudah, Lumpur Pun Hilang!

Makanan

Cara Cuci Kerang Dengan Mudah, Lumpur Pun Hilang!

Sebelum masak sesuatu makanan, kita hendaklah memastikan ianya dicuci dengan betul untuk mengelakkan keracunan makanan.

Tambahan pula apabila melibatkan makanan jenis bercengkerang yang kadang kala mempunyai lumpur atau pasir di dalam perutnya.

Advertisement

Ada sesetengah orang terpaksa menyental kulit menggunakan berus supaya kelihatan lebih bersih dan berselera untuk dimakan. Penat juga nak sental satu-satu kan?

boy iman muflis
4 years lalu

Resepi Masakan Ikan Buntal Dan Bagaimana Cara-Cara Membersihkannya

Di sini, kami nak kongsi beberapa tips mudah dan berkesan untuk membersihkan kulit serta menghilangkan lumpur pada kerang. Guna bahan yang ada dekat dapur je!

kerang

Advertisement

Garam dan cili kering

Ambil beberapa tangkai cili kering dan segenggam garam. Rendam bersama kerang selama sekurang-kurangnya 30 minit. Pastikan kerang dibalik-balikkan untuk melonggarkan ruang di antara kerang.

Sisa selut dan kotoran akan keluar apabila anda melihat air mula keruh dan berbuih. Ulang dua ke tiga kali langkah ini sehinggalah air betul-betul bersih.

Serai

Untuk mendapatkan kulit kerang yang putih bersih, ambil beberapa batang serai dan ketuk. Masukkan ke dalam bekas berisi kerang. Isikan air sedikit sahaja iaitu sama paras dengan kerang.

Kemudian gaul sebati dan biarkan selama sekurang-kurangnya 20 minit. Tos dan bersihkan.

Hampas kelapa

Jika ada hampas kelapa di rumah, anda juga boleh gunakannya untuk membersihkan kerang. Caranya mudah, hanya gaul sahaja dan biarkan selama satu jam. Tapi, jika duduk di bandar memang agak susahlah nak cari hampas kelapa kan?

Garam kasar

Rendam kerang di dalam air yang dicampur ais dan garam kasar selama 30 minit. Kemudian, bilas sehingga air bersih. Garam berfungsi menanggalkan kotoran pada kulit kerang selain berupaya mematikan racun.

Daun ubi dan daun betik

Jika tinggal di kampung, bahan-bahan seperti daun ubi dan daun betik memang mudah didapati kan? Kedua-dua daun ini sebenarnya turut berfungsi untuk membersihkan kulit kerang. Caranya mudah, hanya perlu koyakkan daun dan gaul ke dalam bekas berisi kerang. Rendam seketika dan bersihkan.

Pelepah pisang

Selain cara-cara di atas, anda boleh cuba menyental kerang menggunakan pelepah pisang agar lebih mudah dibersih. Potong kepada dua bahagian jika pelepah terlalu panjang. Ulang langkah-langkah ini beberapa kali sehingga kerang betul-betul bersih.

Advertisement

Ha mudah sahaja caranya kan? Selain kerang, anda juga boleh menggunakan cara yang sama untuk membersihkan makanan bercengkerang yang lain. Selamat mencuba!

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...