Cara-Cara Mengenal Pasti Restoran Mamak Muslim Atau Tidak

Trending

Cara-Cara Mengenal Pasti Restoran Mamak Muslim Atau Tidak

Majoriti penduduk di Malaysia lebih gemar lepak di mamak apabila terluang. Lagi ramai bila ada perlawanan bola sepak. Sampai kerusi meja nak dibalingnya semangat punya pasal menonton bola.

Advertisement

Memang tak dapat dinafikan sebenarnya servis di kedai mamak ni ‘agak laju’ dan ‘pantas’ jika nak dibandingkan dengan kedai lain. Tetapi anda yakin ke bahawa ‘kedai feberet’ anda tu kedai mamak Muslim ataupun tidak?

Jom kita lihat bagaimana untuk kenal restoran mamak muslim atau tidak.

1. Hari Deepavali sebegini adalah waktu paling sesuai utk membezakan antara restoran mamak ori atau tidak.

Restoran mamak tiruan semestinya akan bercuti di waktu-waktu sebegini. Cuma cara ini hanya boleh dibuat setahun sekali.

2. Ada lagi cara lain yg boleh dilakukan waktu biasa. Periksa sama ada makanan mereka ada masakan lembu atau tidak.

Restoran mamak Muslim akan ada masakan daging lembu. Jika mamak tiruan, selalunya tidak menghidangkan masakan daripada haiwan suci mereka.

Saya pernah test satu restoran “mamak”..

“Mamak, daging ada?”
“Kambing ada. Lembu tak ada”
“Kenapa lembu tak ada?”

Jika dia jawab tergagap-gagap, berhati-hati.

3. Cara paling ampuh, berikan salam dgn lafaz “Assalamualaikum”.

Jika jawab salam tergagap-gagap, lari jauh-jauh. Cara ini boleh diuji kepada tauke dan pekerja mereka. Ada juga kadang-kadang tauke Muslim tapi pekerja non-Muslim.

4. Restoran mamak Muslim akan ditutup waktu solat Jumaat.

Malah ada yg menyediakan tempat solat atau surau utk pelanggan. Jika restoran Mamak palsu tidak ada.

5. Jangan mudah terpengaruh dengan poster-poster dan frame gambar tulisan-tulisan jawi yg nampak seperti ayat-ayat suci Al-Quran, gambar masjid, gambar Mekah dan sebagainya.

Ia selalunya dijadikan hiasan utk menarik pelanggan Muslim dtg ke restoran.

Jika di Gombak, restoran yang saya berani rekomen Mamak Muslim ialah Restoran Thaqwa. Ada 4 cawangan di Gombak.

Antara perkara menarik di sini, setiap cawangannya akan ada surau untuk solat. Juga tiada rokok yg dijual. Dahulu, tiada TV dan hanya pasang ayat-ayat suci Al-Quran.

Saya tidak dibayar oleh tauke Thaqwa utk posting ini.

Ejaan THAQWA kurang tepat. Sepatutnya TAQWA atau TAKWA. Tiada isu besar pun.

Lepas ni kalau nak melepak mamak,spy dulu siap-siap kedai mamak tu. Bukan apa, ini soal makanan kot. Hati-hati yer.

Kredit: Afyan Mat Rawi

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...