Cara Betul Kira Kos Keseluruhan Produk Untuk Ketahui Margin Untung Atau Rugi

Trending

Cara Betul Kira Kos Keseluruhan Produk Untuk Ketahui Margin Untung Atau Rugi

Faktor kewangan dalam perniagaan adalah salah satu bahagian yang harus diberi penekanan yang sebaiknya, ia adalah bagi memastikan kiraan yang dilakukan adalah tepat, supaya tidak ada kekurangan dari segi kos mahu pun keuntungan.

Advertisement

Menerusi perkongsian dari saudara Mohd Alif Haiqal yang juga seorang seorang usahawan, beliau telah kongsikan kiraan bagaimana untuk mengetahui akan margin, atau kos dalam sesuatu produk.

Mari kita lihat bagaimana kiraan yang betul.

Contoh Produk Kurus. Harga jual satu produk RM50, tidak termasuk pos. Kos satu produk ialah RM23. Kos pos pelanggan bayar.

Bagaimana nak kira margin jualan?

(Harga jual – Kos produk) / Harga jual x 100 = Margin

= ( RM50 – RM23) / RM50 x 100
= 54%

Margin 54% atau RM27. Nampak banyak sebab belum tolak kos satu pelanggan.

Kos satu pelanggan ialah RM20.
= RM27 – RM20
= RM7

Margin berbaki RM7 atau 14%.

Saya tak pasti tuan sedar atau tak. Margin tuan cuma tinggal RM7 je.

Dan kos RM630 yang tuan berikan. Semuanya kos peribadi iaitu gaji untuk diri sendiri.

Ada 7 kos yang saya senaraikan secara umum dan ini cadangan bagaimana bahagikan margin.

Sewa dan Utiliti – 2%
Gaji sendiri – 2%
Gaji staff jualan – 2%
HR – 1%
Akaun – 1%
Admin – 1%
Packing & Delivery – 1%
Profit – 4%
Bagaimana nak tahu jualan breakeven? Pilih kos paling besar yang ada margin paling kecil.

Contoh kos HR ialah RM2500 dan margin 1%.
1% dari RM50 ialah 50 sen.

= 2500 x 100
= 250,000

Jualan 250 ribu. Baru capai breakeven. Bersamaan perlu jual 5 ribu unit produk.
= 250 ribu / rm50
= 5,000

Bagaimana nak tahu jualan lepas untuk bayar gaji sendiri? Margin gaji sendiri seperti contoh ialah 1%.

= 630 x 100
= 63,000

Kenapa kena pecahkan kos begitu?

Kalau tak diagihkan sejak awal. Bila bisnes berkembang, biasanya keluar alasan: bisnes tak ada duit. Padahal, kita tak letak peruntukkan dari awal.

Kenapa kena tetapkan profit dari awal?

Ilmu menyimpan yang betul ialah simpan dahulu, baru belanja bakinya. Duit untung untuk besarkan bisnes, bukan pergi travel.

Kalau margin kecil begini apa perlu buat?

Rancang strategi jaga pelanggan. Ingat, kos satu pelanggan adalah RM20 atau 40% dari margin.

Fasa pertama: jual kepada pelanggan baru.

Fasa kedua: jaga pelanggan setia.

Taktik menjual ialah 2 unit atau lebih banyak kepada setiap pelanggan. Jika jual satu unit pada setiap pelanggan, tak ada ruang margin membesar.

Ini matematiknya.

Bila jual 2 unit produk. Margin selepas tolak kos produk dan kos satu pelanggan bertambah menjadi 34%.

= 100 – 46 – 20
= 34%

Ia juga adalah RM34. Bukan lagi RM7.

Ada ruang margin yang lebih besar berbanding 7%. Perbezaan 23%.

Contoh, margin untuk gaji sendiri boleh dinaikkan menjadi 10% atau RM10.

Contoh selepas adjustment dibuat:

Sewa dan Utiliti – 5%
Gaji sendiri – 10%
Gaji staff jualan – 5%
HR – 3%
Akaun – 2%
Admin – 3%
Packing & Delivery – 2%
Profit – 4%
Katakan kita gunakan kos HR yang sama.
= RM2500 x ( 100 / 2 )
= RM125,000

Ini contoh kiraan bila kita cuma fokus pada jualan hanya pada pelanggan baru.

Dalam strategi jualan. Ia tidak begitu tetapi ramai terperangkap begitu. Mereka tak sedar. Kira pun tak pernah. Strategi jaga pelanggan akan beri margin lebih besar kerana kita jimat kos mendapatkan satu pelanggan.

Dalam kes ini, kosnya ialah RM20. Dalam peratus margin, ia adalah 40% jika jual satu dan 20% jika jual dua.

Tuan tak boleh harapkan pada channel jualan yang lain seperti dari dropship. Sebab utama, kalau saya minta bagaimana mahu scale up jumlah dropship dengan teratur, tuan tidak akan boleh terangkan dengan spesifik bersama nombor.

Kalau kita tak tahu bagaimana harus dilaksanakan. Kita akan buang masa untuk belajar bagaimana ia harus dilaksanakan. Sekali lagi, masa adalah kos yang mahal.

Berbalik kepada jaga pelanggan. Margin yang 34% setelah tolak kos produk akan naik menjadi 54% semula kerana tiada kos dapatkan pelanggan baru.

Ia jumlah peratus yang besar. Jika bahagian margin HR boleh ditambah menjadi 5% dari 2%. Kiraan akan berubah begini:

= 2500 x (100 / 5)
= 50,000

Jumlah jualan menjadi 50,000 atau bersamaan jual 2 unit produk kepada 500 pelanggan setia.

Ada 3 masalah yang biasa orang baru bisnes tak sedar:

Dia tak pandai kira margin. Tak tahu beza margin dan markup.
Dia tak pandai bahagikan margin.
Dia tak tahu nak buat adjustment dari margin.

Semoga lepas ni,anda tidak lagi mengalami kerugian selepas membuat penjualan produk.Pastikan anda ketahui kos produk sebenar bagi mengetahui margin bisnes anda untung ataupun rugi.

Selamat Mencuba!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...