Cara Bersihkan Kuali Yang Dah Hitam Berkerak Seperti Baru, Ini Caranya!

Trending

Cara Bersihkan Kuali Yang Dah Hitam Berkerak Seperti Baru, Ini Caranya!

zz

Setiap hari kita memang gunakan kuali untuk memasak. Dah pasti akan menjadi hitam di bahagian belakangnya kerana nyalaan api yang tidak sempurna iaitu api bewarna kuning menghasilkan jelaga menyebakan ia melekat di belakang kuali.
Ada yang suka belakang kuali bewarna hitam dan ada yang tidak suka, admin pernah terdengar kata orang-orang tua zaman dulu yang mereka suka belakang kuali hitam, kenapa mereka suka belakang kuali hitam berjelaga.

Rupanya, apabila belakang kuali hitam, ia lebih cepat meresap haba api yang membakar menyebabkan kuali lebih panas berbanding kuali yang tidak berjelaga.

Advertisement

Apapun, dalam artikel ini admin kongsikan bagi mereka yang nak membuang kerak-kerak jelaga hitam di belakang kuali berkenaan dengan mudah dan berkesan.

Tips ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook bernama Kalaivani Vj, jom kita baca cara-caranya.

Cara basuh belakang kuali.

1. Rebus 8 asam keping didalam periuk yg besar( supaya senang nk rendam kuali @periuk)

2. Didihkan air asam keping tersebut sehingga mendidih.

3. Masukkan kuali@periuk didalam air asam tersebut selama 4-5minit.

4. Angkat kuali@periuk, sejukkan seketika kemudian sental mengunakan sabun.

5. Ketika sental kurangkan mengunakan air.

Selamat mencuba!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...